Skip to main content
THEATER MODE

Wanita Berusia 14 Tahun Antara Ditahan Dalam Pesta Liar


Wanita Berusia 14 Tahun Antara Ditahan Dalam Pesta Liar

Sekarang ini telah ramai menawarkan perkhidmatan maksiat secara terang-terangan. Kerana ingin mencari jalan mudah untuk mendapatkan wang serta berhibur akhirnya mereka sanggup lakukan apa sahaja.

Terkini satu sindiket penganjur pesta liar di kondominium menawarkan bayaran serendah RM100 hingga RM200 bagi individu yang mahu mendapatkan keseronokan lebih 12 jam tanpa henti dengan mempromosikan kegiatan melalui WeChat.

Difahamkan sindiket itu bukan sahaja menawarkan dadah, malah pesta berkenaan turut dibekalkan dengan arak dan seks bebas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata hasil maklumat dan risikan dilakukan, pihaknya membuat serbuan di dua kondominium berasingan di Jalan Cylon dan Jalan Ampang, di sini, pada 3 dan 6 Julai lalu.

"Dalam operasi pertama pada jam 5.45 petang di kondominium Jalan Cylon, seramai 15 individu berusia 19 hingga 44 tahun ditahan. Daripada jumlah itu, sembilan individu ditahan adalah lelaki, termasuk empat lelaki Thailand, manakala enam lagi wanita, termasuk dua warga Indonesia.

"Ketika serbuan semua individu berkenaan dalam keadaan khayal dan hasil ujian awal saringan air kencing dilakukan mendapati semua mereka positif dadah.

"Pemeriksaan lanjut di kondominium itu menemui 4,000 pil eramin 5 dianggarkan bernilai RM60,000, 19 pil ekstasi dan dadah jenis ketamin seberat lebih dua gram," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mazlan berkata, dalam serbuan kedua di sebuah kondominium di Jalan Ampang pada jam 5.15 petang, pihaknya menahan 53 individu terdiri daripada 29 lelaki dan 24 wanita termasuk seorang remaja perempuan warga Indonesia berusia 14 tahun.

"Pemeriksaan di bilik pertama unit kondominium itu menemui enam lelaki dan tiga wanita berusia 17 hingga 29 tahun, selain menemui dadah jenis ganja dalam bilik berkenaan.

"Hasil pemeriksaan di bilik kedua pula menemui 23 lelaki dan 21 wanita berusia 14 hingga 27 tahun, termasuk remaja perempuan warga Indonesia dan merampas 25 pil ekstasi yang ditemui di dalam bilik itu," katanya yang memaklumkan semua individu terbabit positif pelbagai jenis dadah.

Beliau berkata, dalam kedua-dua serbuan itu, polis turut menahan penganjur pesta iaitu lelaki berusia 44 dan 27 tahun.

Semua suspek direman tujuh hari mengikut Seksyen 39B Akta Berbahaya 1952 dan Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Dalam serbuan berasingan di sebuah kondominium pada 5 Julai lalu pula, polis menahan seorang lelaki tempatan dan tiga wanita warga Vietnam bersama pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM1 juta di sebuah kondominium dalam satu serbuan pada 5 Julai lalu.

Dadah yang dirampas dalam serbuan jam 7.20 malam itu ialah 12 kilogram serbuk ekstasi, 80 pil ekstasi, 90 pil eramin 5 dan dadah jenis ketamin seberat lebih tujuh gram.

Keempat-empat suspek berusia 23 hingga 35 tahun itu ditahan ketika sibuk membungkus dadah ke dalam paket minuman.

Beliau berkata, semua suspek kini direman selama tujuh hari bermula 6 hingga 12 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Wanita Berusia 14 Tahun Antara Ditahan Dalam Pesta Liar


https://www.kecoh.info/2018/07/Wanita.Berusia.14.Tahun.Antara.Ditahan.Dalam.Pesta.Liar.html

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...