Skip to main content
THEATER MODE

Umno Mahu Butiran Penuh Rampasan Polis Di Rumah Najib


Umno Mahu Butiran Penuh Rampasan Polis Di Rumah Najib
Peguam Umno kini dalam usaha mendapat perincian berhubung serbuan polis terhadap hartanah berkaitan yang mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sepanjang Mei lalu.

Ia berkaitan dakwaan Umno bahawa wang berjumlah RM116.7 juta yang dirampas ketika serbuan adalah milik parti itu, walaupun pihak berkuasa yakin ia berkaitan dengan skandal 1MDB dan SRC International.

"Dengan arahan anak guam kami, hari ini kami menghantar surat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meminta maklumat dan dokumen yang relevan berkaitan rampasan kira-kira RM116.7 juta yang didakwa sebagai jumlah yang dirampas PDRM.

"Kami telah memberi tempoh yang wajar iaitu tujuh hari kepada PDRM untuk memberikan dokumen yang diminta.

"Anak guam kami menegaskan sebahagian besar wang yang dirampas adalah milik Umno dan tiada apa-apa kaitan dengan kes 1MDB atau SRC," kata pasukan peguam Umno dalam kenyataan hari ini.

Bulan lalu, polis mengumumkan jumlah rampasan di hartanah berkaitan Najib mempunyai nilai asas RM686.37 juta dan boleh mencecah setinggi RM1.1 bilion di pasaran.

Rampasan itu termasuk RM116.7 juta wang tunai dalam pelbagai mata wang, 567 beg tangan, 423 pasang jam dan lebih 10,000 unit barang kemas.

Barangan itu dirampas dalam siri serbuan di rumah najib di Jalan Langgak Duta dan tiga unit kondominium Pavilion Residences di Kuala Lumpur.

Umno Mahu Butiran Penuh Rampasan Polis Di Rumah Najib


https://www.kecoh.info/2018/07/Umno.Mahu.Butiran.Penuh.Rampasan.Polis.Di.Rumah.Najib.html

Open Comments