Skip to main content
THEATER MODE

Tun Dr Mahathir Dedah Perkara Sebenar Tentang Pembekuan Akaun Cucu Najib


Tun Dr Mahathir Dedah Perkara Sebenar Tentang Pembekuan Akaun Cucu Najib

Sejak beberapa hari ini kecoh tentang kisah Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga bekas Perdana Menteri dan keluarga. Bukan sahaja mendapat liputan para media tempatan bahkan juga ianya menjadi bahan bualan seluruh dunia yang mengikuti kes dikaitkan kepada mereka.

Terbaharu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan kenyataan dan menafikan dakwaan keluarga Najib bahawa tindakan pembekuan akaun itu berunsur balas dendam.

"Kita nak balas dendam buat apa? Apa yang mereka buat pada kita dulu tidak pernah pun kita merungut."

"Semua kawan saya dihalau, tak bagi berkawan dengan saya. Pembekuan akaun mereka kawan-kawan juga dilakukan. Kita tak merungut pun," katanya ketika sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Sebelum ini laporan tentang keluarga Najib mendakwa bahawa tindakan membekukan akaun mereka adalah bersifat dengam namun Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan bahawa ianya adalah satu tuduhan.

"kalau mereka fikir tindakan pembekuan ini sebagai salah mereka boleh bawa perkara ini ke mahkamah," tegasnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Umum ketahui semalam, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa mendakwa ada pihak mengarahkan pihak bank untuk membekukan akaun peribadi beliau dan anaknya yang baru berusia 10 bulan.

Dakwa Nooryana Najwa, akaun bank anaknya itu hanya mengandungi wang berjumlah RM100 untuk menyimpan duit raya yang pertama kali diterima bayi itu.

Beliau mempersoalkan adakah kerajaan sangat berdendam dan mahu menyingkirkan seluruh ahli keluarganya.

Apakah kaitan simpanan anak saya dengan 1MDB? Adakah ini Malaysia Baru yang rakyat harapkan? tulis Nooryana Najwa melalui catatan Facebook yang ditujukan kepada grup Malaysians for Civil Liberty Rakyat Malaysia untuk Kebebasan Sivil.

Tun Dr Mahathir Dedah Perkara Sebenar Tentang Pembekuan Akaun Cucu Najib

Sumber Gambar Hiasan: Google Image | Sumber Pautan Video: Youtube

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...