Skip to main content
THEATER MODE

Tabung Free Najib Raih Derma Lebih RM86,000 Dalam Masa 24 Jam


Tabung Free Najib Raih Derma Lebih RM86,000 Dalam Masa 24 Jam

Sebelum ini kami telah melaporkan dengan pelancaran tabung derma yang dilakukan oleh sekumpulan penyokong untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Ianya dipercayai bertujuan untuk membantu membayar wang jaminan berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikini didakwa atas 4 pertuduhan dikatakan harus membayar wang jaminan sebanyak RM1 Juta.

Memetik laporan beberapa media tempatan, Sejumlah RM86,282 berjaya dikumpulkan tabung bantuan guaman untuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak setakat jam 9.30 pagi ini. Ini meningkat daripada RM11,000 semalam.

Yang mana kutipan derma itu dilancar semalam oleh sekumpulan penyokong yang diketuai oleh bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii.

Razlan berkata derma itu sebagai tindak balas terhadap Najib yang tidak dapat membayar wang ikat jamin sepenuhnya.

Pada hari Rabu, Najib mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tiga tuduhan jenayah pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa berkaitan transaksi yang melibatkan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta. Najib membayar RM500,000 dan akan membayar bakinya pada Isnin ini.

Bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii berkata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kelihatan tenang dan sentiasa senyum apabila dituduh melakukan pecah amanah dan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Razlan berkata demkian selepas hadir bertemu Najib di Jalan Langgak Duta semalam.

Semalam Penyokong Datuk Seri Najib Razak kini memulakan tabung untuk memberikan sokongan kewangan kepada bekas perdana menteri itu yang sedang berdepan dengan kes mahkamah.

Razlan Rafii berkata langkah tersebut diambil kerana mengambil kira keadaan bekas presiden mereka yang tidak mampu menjelaskan ikat jamin ditetapkan mahkamah semalam.

Ketika dihubungi Razlan berkata tidak wajar untuk anggota Umno melupakan Najib ketika bekas presiden mereka itu ketika ini.

"Jangan kita tinggalkan kawan kita semasa (dia) susah," katanya kepada pihak media.

Razlan berkata Tabung Solidariti Datuk Seri Najib itu dilancarkan hari ini dan setakat awal petang sebanyak RM11,000 sudah terkumpul.

Terdahulu The Star Online melaporkan Razlan sebagai berkata kutipan tabung berkenaan dilakukan kerana setakat ini Najib belum baru dapat menjelaskan keseluruhan jumlah ikat jamin yang dikenakan kepadanya.

Justeru katanya mereka mahu memberikan sokongan moral dan kewangan terhadap Najib.

"Najib hanya dapat membayar RM500,000 dan untuk mencukupkan jumlah jaminan beliau terpaksa menyerahkan surat milik rumahnya," katanya.

Tabung Free Najib Raih Derma Lebih RM86,000 Dalam Masa 24 Jam

Sumber Gambar Hiasan: Google Image | Sumber Pautan Video: Youtube

https://www.kecoh.info/2018/07/Tabung.Free.Najib.Raih.Derma.Lebih.RM86000.Dalam.Masa.24.Jam.html

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...