Skip to main content
THEATER MODE

Syed Saddiq Padam Rekod Najib Razak Selaku Menteri Termuda


Syed Saddiq Padam Rekod Najib Razak Selaku Menteri Termuda
Sebelum ini kami telah melaporkan senarai penuh Menteri dan Timbalan Menteri yang melengkapkan Kabinet Malaysia di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Namun tumpuan kepada Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman yang baru berusia 26 tahun telah menjadi menteri penuh selepas dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dan telahpun mengangkat sumpah untuk menyandang jawatan portfolia tersebut. Seterusnya menempa sejarah apabila menjadi menteri penuh termuda di Malaysia, sekali gus mencerminkan gagasan Malaysia Baharu kerajaan.

Sebelum ini, rekod pemimpin paling muda dalam Kabinet disandang Datuk Seri Najib Tun Razak ketika dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada 1978, ketika beliau berusia 25 tahun sebelum memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan ketika berusia 33 tahun.

Syed Saddiq Abdul Rahman diminta untuk mengulas tentang perlantikan itu, belia berkata bahawa penampilan beberapa pemimpin muda dalam barisan Kabinet membuktikan corak pentadbiran kerajaan secara menyeluruh, selain sentiasa mengutamakan merit dalam idea dan sumbangan tanpa mengira usia serta latar belakang.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, komitmen dicerminkan kerajaan adalah bukti usaha untuk mengangkat suara anak muda akan terus dihargai.
“Saya baru saja selesai mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai anggota Jemaah Menteri dan bakal menggalas tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan bagi penggal ini.
“Saya memanjatkan rasa penuh syukur dan takzim ke hadrat Ilahi atas pelantikan ini.
“Sesungguhnya ia adalah amanah amat berat untuk saya pikul, namun ia berupaya digalas serta percaya kejayaan akan diraih bersama-sama kakitangan Kementerian Belia dan Sukan sebagai satu pasukan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, pelbagai dasar dan rancangan untuk belia akan diangkat, selain dijadikan hala tuju Malaysia bagi memastikan golongan muda menjadi peneraju utama agenda pembangunan negara.

Syed Saddiq Abdul Rahman menyatakan bahawa kerajaan sentiasa menaruh kepercayaan bahawa nasib dan masa depan belia harus ditentukan oleh mereka sendiri, sekali gus menyaksikan ruang serta peluang secukupnya disediakan dalam membuktikan kemampuan golongan berkenaan sebagai penggerak hala tuju negara.
“Kerajaan juga berazam untuk memperjuangkan sukan tempatan secara lebih menyeluruh dan adil, malah Malaysia akan terus menempa kejayaan dalam pelbagai bidang seperti aspek pengurusan, kemudahan dan hal ehwal atlet yang menjulang kejayaan di arena tempatan dan antarabangsa.
“Nasib golongan atlet akan terus dibela dan dijaga,” tambahnya lagi.

📜 Apa Ulasan Kecoh.Info Tentang Artikel Syed Saddiq Padam Rekod Najib Razak Selaku Menteri Termuda Ini?
Seperti biasa kami di Kecoh.Info mengambil sikap untuk tidak berpihak pada mana-mana individu mahupun organisasi/kumpulan yang telah dinyatakan pada artikel di atas.

Namun Sidang Redaksi kami di Kecoh.Info terpanggil untuk memberi sedikit ulasan/pandangan/komen berkaitan isu yang telah dinyatakan dan kami berpegang pada kepercayaan dan kebebasan bersuara tanpa wasangka, Kecoh.Info akan sedaya upaya sebaiknya mengikut kemampuan kami untuk kongsikan pandangan dengan pihak ketiga.

Dan sekiranya artikel yang telah disiarkan/dikongsikan semula di laman ini adalah berkaitan pandangan peribadi penulis lain yang kami nyatakan pada artikel tersebut, kami boleh mengesahkan bahawa kami tidak mempunyai kepentingan mahupun kaitan yang diberikan oleh penulis itu sendiri.

Berbalik semula tentang isu seperti dalam artikel yang dinyatakan di atas, Kecoh.Info ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada beliau dan tidak lupa kepada jemaah menteri dan timbalan yang telah dilantik dan diberikan amanah untuk memikul tanggungjawab yang diberikan.

Selalu ingat mandat yang rakyat berikan seharusnya dijaga sebaiknya dan jadikan kisah lalu sebagai pengajaran dan dinasihati tidak menyelewang dari dasar asal. Apa-apapun tahniah sekali lagi dari kami!


Sumber Video: Youtube

Sumber Gambar Hiasan: Google Image | Kredit Sumber Asal Dan Penafian Tentang Video Yang Disertakan Pula Sila BACA DI SINI!

Syed Saddiq Padam Rekod Najib Razak Selaku Menteri Termuda


Open Comments

You Might Also Like:

Loading...