Skip to main content
THEATER MODE

Syed Saddiq Dikecam Netizen Kerana Isu LGBT & Kutip Sampah Kutip


Syed Saddiq Kena Kecam Netizen Kerana Isu LGBT Dan Kutip Sampah Kutip Di Stadium

Syed Saddiq Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan yang baru perlu mencari penasihat politik yang bagus. Itu antara komen-komen nakal netizen di dalam media sosial yang membincangkan isu tersebut.

Di fahamkan bahawa Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar merupakan seorang yang memperjuangkan LGBT dan sebagainya. Ini kerana dengan terbongkarnya dan terdedah isu perlantikan seorang aktivis GAY ke dalam kementerian beliau.

Tertekan dengan orang yang mendakwa beliau sebagai berbohong, beliau tidak mahu mengaku dan menafi melantik Numan Hafifi sebagai Pegawai Khas Kementerian, Syed Saddiq semalam cuba menarik perhatian dengan cara baru.

Netizen juga mempersoalkan kenyataan beliau sebelum ini yang menafikan isu perlantikan tersebut.

Setelah kantoi 'ditangkap' melantik pejuang LGBT sebagai Pegawai Khas beliau, Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq didapati mengeluarkan kenyataan jenaka malam ini.

Syed Saddiq melalui laman sosial beliau menafikan beliau telah melantik mana-mana pegawai di kementerian beliau secara rasmi dan masih dalam proses temuduga.

Mereka mempersoalkan dengan soalan-soalan ini:

1. Kenapa nama Numan Hafifi dan 3 pegawai yang lain ada di dalam laman sesawang rasmi KBS?

2. Tidakkah satu tindakan harus diambil ke atas Numan Hafifi kerana menyamar sebagai Pegawai Khas Menteri dan menghebahkan di laman sosial beliau?

"Bodoh kan alasan Pak Menteri bila kantoi?" itulah kata-kata netizen yang melabelkan Syed Saddiq sebagai orang yang tidak boleh dipercayai kerana kenyataan yang bercanggah dari fakta.

Publisiti Murahan


Terbaharu, Meteri Belia dan Sukan itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam mengejutkan orang ramai apabila secara bersahaja mengutip sampah di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebaik tamat perlawanan akhir Piala FA.

Menerusi entri di Twitter, Syed Saddiq menjelaskan tindakan yang dilakukan itu adalah untuk membersihkan kawasan duduk stadium yang telah digunakan dan mengajak orang ramai melakukan perkara sama.

"Saya pantang kalau nampak orang buang sampah merata-rata.
"Bagi mereka yang mengenali saya, ini bukan one-off. Kalau kawan buang puntung rokok pun saya pergi kutip. Biar dia malu dan tak akan buat lagi.

"Instead of the negativity, why don’t we all start doing the same," tulisnya.

Hari ini tular di media sosial, apabila Syed Saddiq membawa plastik hitam besar mengutip sampah yang ditinggalkan penyokong di tempat duduk seperti bekas minuman dan tisu.

Tindakan yang dilakukan oleh Syed Saddiq ternyata mendapat pujian ramai dan mereka kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh beliau.

Namun ada juga yang mengatakan ianya adalah sekadar 'cheap publicity is also a publicity'.

Pada perlawanan tersebut, Pahang merangkul kejuaraan Piala FA buat kali ketiga setelah menewaskan juara lima kali, Selangor, 2-0.

Dua gol pasukan Tok Gajah menerusi aksi pemain Nor Azam Abdul Azih pada minit ke-23, dan dihadiahkan penalti pada minit ke-61 selepas pertahanan Selangor, Alfonso De La Cruz menjatuhkan Agustine Iwuji sebelum Patrick Cruz tenang menyempurnakannya.



Syed Saddiq Kena Kecam Netizen Kerana Isu LGBT Dan Kutip Sampah Kutip Di Stadium


https://www.kecoh.info/2018/07/Syed.Saddiq.Kena.Kecam.Netizen.Kerana.Isu.Sokong.LGBT.Dan.Kutip.Sampah.Di.Stadium.html

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...