Skip to main content
THEATER MODE

Sepandai-pandai Jamal Menyorok Akhirnya Dicekup Jua


Sepandai-pandai Jamal Menyorok Akhirnya Dicekup Jua
Datuk Seri Jamal Md Yunos yang jadi buruan polis sejak beberapa minggu lalu akhirnya telah dicekup oleh pihak berkuasa.

Datuk Seri Jamal Md Yunos yang juga bekas calon ketua Pemuda Umno itu yang menjadi buruan polis dipercayai untuk membantu beberapa kes jenayah yang didakwa ke atas diri beliau.

Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri yang baru sebentar tadi telah mengesahkan bahawa polis Indonesia sudah memberkas Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau dimaklumkan mengenai penahanan itu oleh pihak berkuasa di negara jiran kira-kira jam 6.30 petang tadi.
"Polis Diraja Malaysia sudah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa beliau pulang," katanya.

Umum ketahaui bahawa Jamal ialah tokoh yang terkenal dengan pelbagai aksi pegun yang dianggap di luar kotak pemikiran orang biasa.

Antaranya dia pernah bertuala semasa membuat bantahan terhadap kerajaan Selangor di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang menjadi pusat pentadbiran negeri.

Bersama kumpulan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos juga pernah mengadakan beberapa demonstrasi salah satunya ialah ketika cuba menentang demonstrasi aman oleh BERSIH 2.0 .

Terdahulu, semasa di hospital Datuk Seri Jamal Md Yunos didakwa di mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan namun meloloskan diri seterusnya menghilangkan diri semasa proses ikat jamin dilakukan.

Difahamkan ketika kejadian itu berlaku Datuk Seri Jamal Md Yunos dipercayai berada di Hospital Pakar Ampang Puteri.

Jesteru itu, mahkamah kemudian mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

Dalam pemilihan Umno 30 Jun lalu Jamal adalah salah seorang calon yang bertanding untuk merebut jawatan ketua Pemuda Umno.

Jamal mendapat dua undi. Untuk rekod Umno mempunyai 191 bahagian di seluruh negara.

Sementara itu peguam Datuk Seri Jamal Md Yunos, Imran Tamrin berkata dia belum dihubungi mengenai penahanan berkenaan.
"Saya mengambil maklum laporan berita, laporan di media sosial dan juga kenyataan Muhyiddin berhubung penahanan anak guam saya. Saya menunggu arahan lanjut," katanya memetik satu daripada laporan media tempatan.

Datuk Seri Jamal Md Yunos diberkas ketika sedang memotong rambut

Datuk Seri Jamal Md Yunos yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dalam laporan yang kami terima dipercayai ditahan ketika dia sedang menggunting rambut di sebuah kedai gunting rambut di Jakarta Selatan.

Menurut sumber keselamatan, Jamal bersembunyi di beberapa lokasi sebelum dia ditangkap pada 6.15 petang (waktu Malaysia) pada Isnin oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI).
"Jamal dipercayai bersembunyi di Medan, Sumatera Utara sebelum menukar lokasi ke Jakarta Selatan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Dia dipercayai menggunakan laluan laut untuk ke Medan," kata sumber keselamatan tersebut memetik laporan dari media tempatan.
Tambahnya, Datuk Seri Jamal Md Yunos dijangka dihantar pulang ke Malaysia minggu ini selepas selesai urusan dokumentasi.

Datuk Seri Jamal Md Yunos yang juga bekas calon ketua pemuda UMNO itu dikehendaki PDRM kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.

Dia bagaimanapun melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.

Jamal didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.

Dia juga disiasat mengikut Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.



📜 Apa Ulasan Kecoh.Info Tentang Artikel Sepandai-pandai Jamal Menyorok Akhirnya Dicekup Jua Ini?
Seperti biasa kami di Kecoh.Info mengambil sikap untuk tidak berpihak pada mana-mana individu mahupun organisasi/kumpulan yang telah dinyatakan pada artikel di atas.

Namun Sidang Redaksi kami di Kecoh.Info terpanggil untuk memberi sedikit ulasan/pandangan/komen berkaitan isu yang telah dinyatakan dan kami berpegang pada kepercayaan dan kebebasan bersuara tanpa wasangka, Kecoh.Info akan sedaya upaya sebaiknya mengikut kemampuan kami untuk kongsikan pandangan dengan pihak ketiga.

Dan sekiranya artikel yang telah disiarkan/dikongsikan semula di laman ini adalah berkaitan pandangan peribadi penulis lain yang kami nyatakan pada artikel tersebut, kami boleh mengesahkan bahawa kami tidak mempunyai kepentingan mahupun kaitan yang diberikan oleh penulis itu sendiri.

Berbalik semula tentang isu seperti dalam artikel yang dinyatakan di atas, Kecoh.Info akan memberikan maklumat lanjut dan terkini berkaitan isu ini selepas kami mendapat laporan penuh dari pihak yang sepatutnya menjelaskan isu tersebut.


Sumber Video: Youtube

Sumber Gambar Hiasan: Google Image | Kredit Sumber Asal Dan Penafian Tentang Video Yang Disertakan Pula Sila BACA DI SINI!

Sepandai-pandai Jamal Menyorok Akhirnya Dicekup Jua


Open Comments

You Might Also Like:

Loading...