Skip to main content
THEATER MODE

Seorang Wakil Rakyat PH Maut Dalam Kemalangan


Seorang Wakil Rakyat PH Maut Dalam Kemalangan
Seorang wakil rakyat Pakatan Harapan meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuh Raya Cheras - Kajang Malam tadi.

Ng Tien Chee yang terpilih menjadi anggota dewan undangan negeri untuk kawasan Balakong dikatakan terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan.

Menurut Utusan Online kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi di kilometer 12 lebuh raya tersebut.

Ng dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kajang.

Menurut sumber mangsa memandu kereta Nissan X-Trail apabila melanggar belakang sebuah lori di lebuh raya kendalian syarikat Grand Saga Sdn Bhd itu.

Ng dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada pilihan raya umum ke-14 lalu Ng mengalahkan dua pencabar masing-masing dari BN, Lim Chin Wah, dan Mohamad Ibrahim Ghazali, dengan kelebihan 35,538 undi.

Ng memperoleh 41,768 undi berbanding Lim (5,875 undi) dan Mohamad Ibrahim (6,230).

Seorang Wakil Rakyat PH Maut Dalam Kemalangan


https://www.kecoh.info/2018/07/Seorang.Wakil.Rakyat.PH.Maut.Dalam.Kemalangan.html

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...