Skip to main content
THEATER MODE

Sajat Dan Safiey Hadapi Konflik Identiti, Timbalan Menteri Sedia Temui Mereka


Sajat Dan Safiey Hadapi Konflik Identiti, Timbalan Menteri Sedia Temui Mereka
Fuziah Salleh sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru dilantik berkata, beliau bersedia menemui dua usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman dan Safiey Ilias yang dikatakan menghadapi konflik identiti diri bagi membantu mereka kembali kepada fitrah.

Fuziah yang juga menyandang sebagai ahli parlimen Kuantan itu mempunyai latar belakang dalam bidang kauseling berkata, konflik dalaman kedua-dua personaliti itu perlu diselesaikan dengan pendekatan berhemah, bukan dengan membenci mereka.

"Saya tidak mengatakan apa yang dilakukan mereka itu betul dan boleh diterima kerana yang haram tetap haram, tapi pendekatan dakwah yang perlu diambil ... bukan dengan cara menghukum," katanya semasa ditemui Bernama pada Jamuan Aidilfitri Maahad Tahfiz Negeri Pahang di sini, Jumaat.

Nur Sajat dan Safiey Ilias yang merupakan usahawan terkenal dipercayai menghadapi konflik identiti diri dan saling menyindir antara satu sama lain di laman sosial masing-masing.

Tegas Fuziah lagi, beliau menambah pengalamannya sendiri pernah menyaksikan golongan lelaki yang menyerupai wanita kembali kepada fitrah apabila didekati secara berhemah.

Sajat Dan Safiey Hadapi Konflik Identiti, Timbalan Menteri Sedia Temui Mereka


https://www.kecoh.info/2018/07/Sajat.Dan.Safiey.Hadapi.Konflik.Identiti.Timbalan.Menteri.Sedia.Temui.Mereka.html

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...