Skip to main content
THEATER MODE

Rosmah Keluar Dan Tinggalkan Kediaman Di Langgak Duta?


Rosmah Keluar Dan Tinggalkan Kediaman Di Langgak Duta?
Semalam kecoh tentang Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan oleh pihak SPRM. Najib yang juga suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor itu bakal didakwa dan dipercayai lebih dari 10 pertuduhan hari ini menurut sumber.

Namun tengah malam tadi difahamkan Datin Seri Rosmah Mansor isteri bekas perdana menteri dilihat Datuk Seri Najib Tun Razak telah meninggalkan kediaman pasangan itu di Jalan Langgak Duta.

Kelibat Datin Seri Rosmah Mansor dilihat keluar menggunakan sebuah kereta jenis SUV dengan berselendang di kepala kira-kira pukul 12.05 tengah malam.

Dan kelihatan ada lima individu lain dalam kenderaan terbabit ketika kereta yang membawa mereka keluar dari kediaman tersebut.

Sebelum ini, kumpulan peguam yang mewakili Najib dan Rosmah dilihat memasuki dan meninggalkan kediaman tersebut.

Peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang juga seorang peguam kanan turut dilihat memasuki perkarangan rumah Datuk Seri Najib sekitar jam 9:30 malam tadi.

Shafee turut berada di ibu pejabat SPRM sekitar 8.40 malam tadi, lapor Kosmo.

Umum ketahui bahawa kediaman pasangan itu sememangnya menjadi tumpuan para media tempatan dan antarabangsa sejak kebelakangan ini terutama sejak petang tadi.

Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum itu ditahan pegawai SPRM kira-kira pukul 2.35 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Pasukan Petugas Khas (1MDB) turut mengesahkan telah membuat tangkapan berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Najib akan dituduh di Mahkamah kelak.

Berita dan laporan penuh akan menyusul...


Sumber Video: Youtube

📜 Apa Ulasan Kecoh.Info Tentang Artikel Rosmah Keluar Dan Tinggalkan Kediaman Di Langgak Duta? Ini?
Seperti biasa kami di Kecoh.Info mengambil sikap untuk tidak berpihak pada mana-mana individu mahupun organisasi/kumpulan yang telah dinyatakan pada artikel di atas.

Namun Sidang Redaksi kami di Kecoh.Info terpanggil untuk memberi sedikit ulasan/pandangan/komen berkaitan isu yang telah dinyatakan dan kami berpegang pada kepercayaan dan kebebasan bersuara tanpa wasangka, Kecoh.Info akan sedaya upaya sebaiknya mengikut kemampuan kami untuk kongsikan pandangan dengan pihak ketiga.

Dan sekiranya artikel yang telah disiarkan/dikongsikan semula di laman ini adalah berkaitan pandangan peribadi penulis lain yang kami nyatakan pada artikel tersebut, kami boleh mengesahkan bahawa kami tidak mempunyai kepentingan mahupun kaitan yang diberikan oleh penulis itu sendiri.

Berbalik semula tentang isu seperti dalam artikel yang dinyatakan di atas, Kecoh.Info bersangka baik mungkin Rosmah hanya mahu tenangkan diri dan pergi ke rumah ahli keluarga yang lain. Tidak elok kita berprasangka yang tidak baik. Namun kami juga berharap agar pihak berkuasa menjalankan tugas dengan sebaiknya. Berikan keadilan sama rata kepada semua pihak.
Sumber Gambar Hiasan: Google Image | Kredit Sumber Asal Dan Penafian Tentang Video Yang Disertakan Pula Sila BACA DI SINI!

Rosmah Keluar Dan Tinggalkan Kediaman Di Langgak Duta?


https://www.kecoh.info/2018/07/Rosmah.Lari.Keluar.Dan.Tinggalkan.Kediaman.Di.Langgak.Duta.html

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...