Skip to main content
THEATER MODE

Ramkarpal Gelar Pemuda UMNO Samseng Akhirnya Diarah Keluar Dewan


Ramkarpal Gelar Pemuda UMNO Samseng Akhirnya Diarah Keluar Dewan
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh menjadi ahli parlimen pertama yang diarahkan keluar dewan pada sesi petang ini selepas satu pertengkaran mengenai kenyataan “gangster” terhadap anggota Pemuda Umno di buat pada sebelah paginya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof, yang kembali ke Dewan pada sesi petang, menegaskan bahawa Ramkarpal perlu menarik balik kenyataannya itu, berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat 44(2).

Bagaimanapun Ramkarpal memohon maaf kepada Speaker tetapi enggan menarik semula kenyataan yang dikeluarkannya pada sesi pagi walaupun diminta beberapa kali oleh Speaker.

“Saya sudah beri amaran pertama ya. Tarik balik. Kita ingin meneruskan sesi bahas Sungai Petani.

“Bentara, sila jalankan tugas,” kata Ariff, mengarahkan bentara untuk memengiringi Ramkarpal keluar dewan.

Sebelum berehat sesi pagi tadi, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon mengarahkan Ramkarpal menarik balik perkataan samseng yang merujuk kepada Pemuda Umno namun beliau enggan.

Susulan itu, Rashid hanya memberi amaran kepada Ramkarpal yang mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan wakil rakyat BN susulan ia bertentangan dengan peraturan mesyuarat di mana menurut mereka Ramkarpal sepatutnya diarah keluar dewan kerana ingkar arahan Speaker.

Dalam pada itu, Datuk Bung Mokhtar Radin menarik balik kenyataan samseng yang ditujukan kepada RSN Rayer (PH-Jelutong) pada sesi pagi.

Ramkarpal Gelar Pemuda UMNO Samseng Akhirnya Diarah Keluar Dewan


https://www.kecoh.info/2018/07/Ramkarpal.Gelar.Pemuda.UMNO.Samseng.Akhirnya.Diarah.Keluar.Dewan.html

Open Comments