Skip to main content
THEATER MODE

Penyokong Lancar Tabung Dan Mohon Bantuan Untuk Bebaskan Najib


Penyokong Lancar Tabung Dan Mohon Bantuan Untuk Bebaskan Najib
Pemuda UMNO Wilayah telah melancarkan dan mewujudkan tabung Solidariti Bebaskan Datuk Seri Najib Razak. Difahamkan bahawa ianya adalah ramai pihak menyedari tentang dugaan yang sedang ditempuh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Datuk Razlan Rafii yang juga sebgai Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh berkata, langkah itu diambil selepas menyedari Najib membuat rayuan mencagar rumahnya bagi membayar wang jaminan RM1 juta yang ditetapkan Mahkamah Tinggi, di sini semalam.

"Semua sedia maklum akaun Najib dan keluarganya telah dibekukan dan semua duit dalam rumah walaupun 10 sen telah dirampas pihak berkuasa, jadi sukar untuk beliau hendak membayar jaminan tersebut hingga Isnin ini.

"Jadi kami semua ahli UMNO dan rakyat Malaysia ingin menyumbang kepada Najib supaya beliau tidak terbeban sangat nak membayar baki (wang jaminan) RM500,000,” katanya selepas menziarahi bekas Presiden UMNO itu di kediamannya di Langgak Duta, di sini hari ini.

Menurut Razlan lagi, beliau menjelaskan bahawa tabung tersebut akan dibuka sehingga pukul 12 tengah hari Isnin ini sebelum diserahkan kepada anak Najib di mahkamah.

RM500,000 disasarkan untuk memenuhi dan mencapai matlamat utama tabung dilancarkan dan dan akan ditutup serta-merta apabila jumlah itu berjaya dicapai dalam tempoh tersebut tambahnya lagi.

"Saya percaya, ramai yang menelefon saya ingin membantu malah ada yang masukkan wang RM1, RM2 dalam akaun dan menghantar gambar resitnya kepada saya. Alhamdulillah, ahli UMNO dan ramai rakyat yang ingin membantu Najib,” katanya.

Memetik dari sumber yang kami petik bahawa orang awam individu mahupun syarikat/kumpulan/ngo yang ingin menyumbang kepada tabung tersebut boleh menyalurkan derma masing-masing ke dalam akaun CIMB Kelab Belia Berkhidmat itu di talian : +601952060 untuk keterangan lanjut.


Penyokong Lancar Tabung Dan Mohon Bantuan Untuk Bebaskan Najib

Sumber Gambar Hiasan: Google Image | Sumber Pautan Video: Youtube

https://www.kecoh.info/2018/07/Penyokong.Lancar.Tabung.Dan.Mohon.Bantuan.Untuk.Bebaskan.Najib.html

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...