Skip to main content
THEATER MODE

PAS dan UMNO Bergabung Keluar Dewan Bantah Pelantikan Speaker


PAS dan UMNO Bergabung Keluar Dewan Bantah Pelantikan Speaker
Hari ini telah berlangsung angkat sumpah untuk sidang parlimen pengal yang baru selepas pru yang ke-14. Namun ada kekecohan telah berlaku.

Hanya beberapa minit selepas anggota parlimen duduk di kerusi masing-masing untuk memulakan sidang parlimen, anggota parlimen Umno dan PAS melangkah keluar dewan sebagai tanda bantahan.

Bagaimanapun, menurut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (BERSATU-Muar) melalui kenyataan di Twitter, bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) dan bekas Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin tidak berbuat menyertai anggota parlimen pembangkang lain yang keluar dewan.

Tindakan anggota parlimen pembangkang itu dipercayai berhubung cadangan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker.

Terdahulu, setiausaha Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya menerima surat daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cadangan pelantikan Mohamad Ariff pada 2 Julai lalu.

Dr Mahathir kemudian mengumumkan pelantikan Mohamad Ariff sebagai speaker yang seterusnya mendapat bantahan daripada anggota parlimen pembangkang.

Untuk rekod, terdapat pertikaian berhubung peraturan yang menetapkan tempoh untuk menyerahkan nama calon speaker.

Khairy tidak keluar dewan kerana hormati majlis angkat sumpah

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) enggan mengikut jejak langkah untuk keluar dan memboikot persidangan Dewan Rakyat kerana menghormati institusi Parlimen.

Katanya, pendirian berbeza yang pasti mengundang persepsi dan spekulasi pelbagai pihak itu turut diambil bagi memastikan imej Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang berwibawa tidak dipandang remeh.

“Itu bukan cara kita menyatakan bantahan pada hari mengangkat sumpah, sebaliknya wujud keperluan untuk menghormati dewan dan majlis yang sedang diadakan.

“Ada cara lain untuk menyuarakan sebarang bantahan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Awal pagi tadi, Khairy adalah antara beberapa individu daripada blok pembangkang yang mengambil pendirian untuk kekal di dalam dewan dan mengikuti majlis angkat sumpah ketika Ahli Parlimen PAS, BN, MIC dan MCA melancarkan boikot.

Difahamkan, Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Bebas-Masjid Tanah) yang sebelum ini bekas Ketua Puteri UMNO turut mengambil pendirian sama dengan Khairy untuk tidak bertindak keluar dari dewan.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda Umno berkata, cara lain untuk menyuarakan bantahan termasuk melalui sesi perbahasan usul titah Yang di-Pertuan Agong atau sebaik selesai majlis perasmian, esok.

“Bagi saya lebih baik kita menghormati majlis dan tidak membuat sebarang tindakan yang boleh mencemarkan imej BN sebagai pembangkang berwibawa,” katanya.

Ditanya pandangan terhadap ahli parti yang bertindak memboikot sidang Dewan Rakyat, Khairy hanya berkata: “Saya hanya cakap bagi diri sendiri, bukan untuk pihak lain.”

Mengulas kemungkinan bakal dikenakan tindakan disiplin kerana mengingkari pendirian majoriti ahli partinya, Khairy berkata, ia terpulang kepada percaturan kepemimpinan tertinggi Umno.

Katanya, keputusan untuk kekal berada dalam majlis dan tidak meninggalkan dewan adalah pendirian tepat, selaras imej pembangkang berwibawa yang ingin ditonjolkan BN pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Saya hanya buat keputusan pada pandangan yang difikirkan betul, iaitu untuk menghormati majlis mengangkat sumpah,” katanya seperti dilaporkan hmetro online.

PAS dan UMNO Bergabung Keluar Dewan Bantah Pelantikan Speaker


https://www.kecoh.info/2018/07/PAS.dan.UMNO.Bergabung.Keluar.Dewan.Bantah.Pelantikan.Speaker.html

Open Comments