Skip to main content
THEATER MODE

Najib Rayu Cagar Rumah Untuk Bayar Ikat Jamin RM1 Juta


Memetik satu laporan berita atas talian yang mana menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat rayuan untuk mencagar rumahnya bagi membayar wang jaminan RM1 juta yang ditetapkan Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang juga mewakili sebagai peguam Najib memaklumkan bahawa Najib akan mencagar rumahnya bagi membayar jaminan itu memandangkan semua akaun keluarganya sudah dibekukan.

Shafee juga turut memohon jaminan RM500,000 dikenakan terhadap anak guamnya.

Bagaimanapun, rayuan mencagarkan rumah ditolak dan mahkamah memerintahkan separuh wang jaminan RM1 juta dibayar secara tunai hari ini.

Wang jaminan selebihnya boleh dibayar pada Isnin depan

Najib juga perlu menyerahkan 2 pasportnya kepada mahkamah dan 8 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengurusan kes.

Terdahulu, pasukan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas meminta ikat jamin ditetapkan pada RM4 juta, iaitu RM1 juta bagi setiap pertuduhan.

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menetapkan 8 Ogos depan untuk pengurusan kes pecah amanah dan rasuah yang dihadapi Najib.

Prosiding pendakwaan ke atas Najib berakhir pada pukul 12.42 tengah hari.

Hakim turut mencadangkan 19 hari perbicaraan kes itu pada tahun depan, dari 18 hingga 28 Februari, 4 hingga 8 Mac dan 11 hingga 15 Mac, di mana sebarang perubahan tarikh akan dilakukan bulan depan.


Sumber Video: Youtube

Najib Rayu Cagar Rumah Untuk Bayar Ikat Jamin RM1 Juta

Sumber Gambar Hiasan: Google Image | Sumber Pautan Video: Youtube

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...