Skip to main content
THEATER MODE

Najib Mahu KJ Dan Anifah Jelaskan Tindakan Enggan Keluar Dewan


Najib Mahu KJ Dan Anifah Jelaskan Tindakan Enggan Keluar Dewan
Bekas Presiden Umno , Datuk Seri Najib Tun Razak mendesak Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Anifah Aman menjelaskan tindakan mereka kekal di dalam Dewan Rakyat kepada parti.

Najib berkata tindakan KJ dan Anifah yang tidak selari dengan pimpinan Umno lain harus diberikan penjelasan.

“Tindakan KJ dan Anifah yang enggan keluar dewan bersama Ahli Parlimen Umno yang lain akan diputuskan oleh oleh parti.

“Biar Umno yang putuskan tindakan terhadap mereka berdua, walau apa pun keputusannya KJ dan Anifah perlu jelaskan kepada parti sebab mengapa mereka bertindak sedemikian,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen lapor Astorawani.

Hari ini, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menjadi dua ahli parlimen pembangkang yang kekal di dalam Dewan Rakyat apabila kesemua Ahli Parlimen BN yang lain keluar dewan bersama Ahli Parlimen Pas sebagai tanda protes proses pelantikan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Mereka berdua tidak mengendahkan desakan pemimpin Umno lain yang keluar Dewan Rakyat.

Najib Mahu KJ Dan Anifah Jelaskan Tindakan Enggan Keluar Dewan


https://www.kecoh.info/2018/07/Najib.Mahu.KJ.Dan.Anifah.Jelaskan.Tindakan.Enggan.Keluar.Dewan.html

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...