Skip to main content
THEATER MODE

Najib Akhirnya Ditangkap Tadi Dan Bakal Didakwa


Najib Akhirnya Ditangkap Tadi Dan Bakal Didakwa :

KENYATAAN MEDIA PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB: NAJIB DITANGKAP UNTUK PENDAKWAAN

Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan telah membuat tangkapan terhadap Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri pada pukul 2.35 petang berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Tangkapan tersebut telah dibuat di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Mohd. Najib akan dituduh pada 4 Julai 2018 (esok) pada pukul 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.

PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB
1. TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
2. TAN SRI ABU KASSIM MOHAMED
3. DATO’ SRI MOHD SHUKRI ABDULL
4. DATO’ ABDUL HAMID BADOR

3 JULAI 2018
PUTRAJAYA



Sebelum ini kami di Kecoh.Info telah kongsikan artikel berkenaan Datuk Seri Najib Tun Razak bakal ditangkap dan didakwa untuk membantu siasatan berkenaan kes yang berkaitan dengan beliau.

Terbaharu bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dispekulasi telah dibawa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Beberapa sumber polis dan SPRM yang dihubungi pihak media mendakwa Najib dibawa dari rumahnya petang tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull ketika dihubungi pihak media tidak mengesahkan perkara itu, namun berkata beliau sedang berjumpa dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Fuzi Harun.

"Saya sedang berjumpa dengan ketua polis negara sekarang. Saya akan keluarkan kenyataan media sekejap lagi," katanya.

Sumber bagaimanapun memberitahu bahawa Najib dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk soal siasat lanjut.

Walaupun kami sebelum ini melaporkan spekulasi kemungkinan Najib ditangkap hari ini.

Beberapa media telah melaporkan sumber yang mengesahkan tangkapan itu.

Pada masa sama Riza Aziz yang juga anak tiri kepada Najib telah hadir beri keterangan ke SPRM hari ini.

Task Force 1MDB Sahkan Najib Telah Ditahan Dan Akan Didakwa Esok

Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan telah membuat tangkapan terhdap Datuk Seri Mohd Najib Razak bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno itu pada jam 2.35 petang berkaitan skandal SRC International Sdn Bhd.

Menurut kenyataan dikeluarkan sebentar tadi tangkapan tersebut telah dibuat di rumahnya di Jalan Langgak Duta Kuala Lumpur hari ini.

Najib akan didakwa pada 4 Julai 2018 (esok pada jam 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.

Kenyataan bersama Task Force 1MDB itu dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Ghani Patail, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Datuk Seri Mohd Shukor Mohd SHukri Abdull dan Datuk Abdul Hamid Bador

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta jam 3.07 petang tadi.

Beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok.

SPRM dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tangkapan itu dalam tempoh terdekat.

Difahamkan, Najib dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad dan SRC International.

Ikuti Kami Di Media Sosial

Jangan lupa LIKE dan FOLLOW SEE FIRST Facebook Page Kami Di Sini. Dan jadilah sebahagian komuniti kami dengan menyertai kumpulan/group facebook kami yang kini mencecah hampir 300,000 ahli Di Sini.

Dengan berbuat demikian anda akan menjadi dikalangan antara orang yang terawal mengetahui informasi dan maklumat terkini. Cubalah kerana ianya adalah percuma!

×


Kami menghormati secara total tentang hak privasi anda. Walaupun begitu, kami juga sarankan anda membaca terlebih dahulu dasar-dasar privasi yang telah ditetapkan pada laman ini di sini.

Dan dengan melayari laman ini juga kami beranggapan anda sudah pun bersetuju dan paham serta jelas dengan membaca keseluruhan isi kandungan tentang dasar privasi yang ditetapkan pada laman ini.
Untuk makluman juga, anda perlulah terlebih dahulu menyemak terma dan syarat yang terkandung dalam laman ini di sini.

Oleh kerana itu, kami beranggapan dengan melayari laman ini anda juga sudah pun membaca dan bersetuju sepenuhnya dengan terma dan syarat laman ini.
Sebarang kekeliruan atau kemusykilan silahkan hubungi kami. Dan kami juga akan membalas sebarang pertanyaan ataupun apa sahaja yang diajukan kepada kami dari anda dengan kadar yang segera.

Mungkin dengan segala maklumat dan informasi juga panduan yang telah kami sediakan ianya boleh menjadi rujukan anda pada bila-bila masa.

Sebagai kesimpulan, laman ini hanyalah menyediakan maklumat yang telah kami dapati dari laman-laman sumber lainnya dan anda mungkin juga sudah sedia maklum tentang perkara tersebut.

Apapun yang paling penting ialah maklumat yang disalurkan itu sahih dan telah pun disemak kebenarannya. Seterusnya anda boleh hubungi kami dengan layari pautan ini.

Sumber: Rujukan | Gambar Hiasan | Video Lampiran

https://www.kecoh.info/2018/07/Najib.Akhirnya.Ditangkap.Tadi.Dan.Bakal.Didakwa.html

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...