Skip to main content
THEATER MODE

Jamal Telah Tiba Di KLIA Dan Bakal Didakwa Di Mahkamah Ampang Hari Ini


Jamal Telah Tiba Di KLIA Dan Bakal Didakwa Di Mahkamah Ampang Hari Ini

Sumber Video: Youtube

Datuk Seri Jamal Md Yunos yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang ditahan Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) Isnin lalu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 2.15 petang ini.

Datuk Mohd. Imran Tamrin yang juga mewakili sebagai Peguam kepada Jamal, dalam kenyataannya berkata, Jamal berlepas dari Jakarta dengan pesawat MH170 pada pukul 11 pagi waktu Indonesia hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah melantik peguam di Indonesia, Adherie Zulfikri bagi menguruskan penahanan Jamal ekoranbidang kuasa dan sistem perundangan yang berlainan.

"Pagi ini saya telah dimaklumkan oleh Adhrie bahawa proses penyerahan Jamal antara POLRI kepada PDRM akan dibuat pagi ini.

"Saya juga dimaklumkan bahawa Jamal dijangka akan berlepas daripada Jakarta ke Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi waktu Indonesia hari ini dengan pesawat MH710," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, POLRI dilaporkan menahan Jamal pada pukul 6.15 petang di Jakarta.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan memberitahu, pihak Polis Diraja Malaysia sudahpun dihubungi untuk menyelaras urusan penghantaran pulang Jamal.

Jamal bakal didakwa di Mahkamah Ampang petang ini

Datuk Seri Jamal Md. Yunos juga akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk dituduh di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan sah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, Jamal akan dibawa terus ke mahkamah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 2.15 petang ini.

"Jamal mempunyai dua waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang pada 25 Mei lalu untuk dua pertuduhan yang dihadapkan terhadap beliau di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

"Waran tangkap tersebut dikeluarkan kerana Jamal telah melarikan diri sebelum mahkamah sempat mengikat jamin terhadap beliau,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jamal Telah Tiba Di KLIA Dan Bakal Didakwa Di Mahkamah Ampang Hari Ini

Sumber Gambar Hiasan: Google Image | Sumber Pautan Video: Youtube

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...