Skip to main content
THEATER MODE

Inilah Video Dan Gambar Suspek Bunuh Adam Rayqal Yang Dikecam Oleh Netizen


Inilah Video Dan Gambar Suspek Bunuh Adam Rayqal Yang Dikecam Oleh Netizen
Beberapa keping gambar telah beredar di media sosial yang mendakwa merekalah suspek yang menyebabkan kematian bayi yang tular di media sosial.

Gambar di bawah ini dikatakan bayi tersebut disimpan dalam peti sejuk dalam beg hijau:


Rata-rata netizen memberi komen mengecam tindakan wanita tersebut kepada mereka.

Jom sama-sama kita saksikan di antara komen-komen tersebut di bawah ini:
















Adam Rayqal alami pendarahan otak, retak tempurung kepala

SHAH ALAM: Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian bayi Adam Rayqal Mohd Sufi akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dan kesan retak di bahagian tempurung kepala, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat.

Beliau berkata pihak polis masih menyiasat motif di sebalik kematian bayi itu untuk mengenal pasti sama ada didera ataupun sebaliknya.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan bermula 9.40 pagi dan selesai 1 tengah hari mendapati punca kematian Adam Rayqal adalah disebabkan ‘kecederaan di kepala akibat trauma objek tumpul’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja sulung Menteri Besar Selangor Amirudin Shaari ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata hasil pemeriksaan menunjukkan bayi itu mengalami pendarahan dalaman di bahagian otak kanan dan kesan retak di bahagian tempurung kepala sebelah kiri.

Bayi lelaki berusia lima bulan itu dilaporkan hilang pada Selasa sebelum mayatnya ditemukan oleh anggota polis dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah pengasuhnya di Batu Caves, lewat malam semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad dalam sidang media di lokasi kejadian awal pagi tadi memaklumkan bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta dimasukkan di dalam beg berwarna hijau.

Susulan kejadian itu, polis sudah menahan pengasuh berumur 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun di rumah sewa mereka, semalam dan permohonan reman terhadap kedua-dua suspek dibuat di Mahkamah Selayang, pagi tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA


Sumber Video: Youtube

Inilah Video Dan Gambar Suspek Bunuh Adam Rayqal Yang Dikecam Oleh Netizen

Sumber Gambar Hiasan: Google Image | Sumber Pautan Video: Youtube

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...