Skip to main content
THEATER MODE

Inilah Sebabnya Kenapa Rosmah Tidak Ditangkap Dan Hanya Najib Sahaja


Inilah Sebabnya Kenapa Rosmah Tidak Ditangkap Dan Hanya Najib Sahaja
Datuk Seri Azam Baki yang juga menjawat jawtan sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM berkata, penangkapan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini yang telah menjadi tular itu tidak akan melibatkan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor setakat ini.

Beliau menyatakan bahawa hanya Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditahan setakat ini dan tidak melibatkan individu lain termasuk Rosmah.
"Jangkaan tiada penahanan lain dalam masa terdekat. Sama ada membabitkan Datin Seri Rosmah atau yang lain," katanya menerusi Whatsapp.
Tambah Datuk Seri Azam Baki lagi, kertas siasatan kes terhadap Najib sudah lengkap dan Peguam Negara, Tommy Thomas sudah bersetuju untuk mendakwa bekas perdana menteri itu esok.
"Kertas siasatan SRC International sudah lengkap dan Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk mendakwa Najib," jelasnya.
Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditahan pegawai penyiasat SPRM di kediamannya di Langgak Duta jam 2.35 petang tadi dan dibawa terus ke ibu pejabat SPRM.

Menurut satu kenyataan Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan Ahli Parlimen Pekan itu akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pukul 8.30 pagi esok dan kemungkinan akan menghadapi lebih dari 10 pertuduhan.

Beliau dipercayai disiasat dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 21 Akta SPRM berkaitan pecah amanah oleh penjawat awam dan juga Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (Amla) 2001.


Sumber Video: Youtube

📜 Apa Ulasan Kecoh.Info Tentang Artikel Inilah Sebabnya Kenapa Rosmah Tidak Ditangkap Dan Hanya Najib Sahaja Ini?
Seperti biasa kami di Kecoh.Info mengambil sikap untuk tidak berpihak pada mana-mana individu mahupun organisasi/kumpulan yang telah dinyatakan pada artikel di atas.

Namun Sidang Redaksi kami di Kecoh.Info terpanggil untuk memberi sedikit ulasan/pandangan/komen berkaitan isu yang telah dinyatakan dan kami berpegang pada kepercayaan dan kebebasan bersuara tanpa wasangka, Kecoh.Info akan sedaya upaya sebaiknya mengikut kemampuan kami untuk kongsikan pandangan dengan pihak ketiga.

Dan sekiranya artikel yang telah disiarkan/dikongsikan semula di laman ini adalah berkaitan pandangan peribadi penulis lain yang kami nyatakan pada artikel tersebut, kami boleh mengesahkan bahawa kami tidak mempunyai kepentingan mahupun kaitan yang diberikan oleh penulis itu sendiri.

Berbalik semula tentang isu seperti dalam artikel yang dinyatakan di atas, Kecoh.Info mengharapkan yang terbaik dalam penyiasat tersebut. Kami juga menzahirkan agar siasat telus dan adil buat beliau. Ini kerana kami percaya dengan ketelusan pihak yang bertanggungjawab untuk melakukan penyiasatan dengan seadil-adilnya keranya itulah yang dituntut oleh rakyat yang mana mahu sistem mahkamah dalam negara ini menjadi yang lebih baik
Sumber Gambar Hiasan: Google Image | Kredit Sumber Asal Dan Penafian Tentang Video Yang Disertakan Pula Sila BACA DI SINI!

Inilah Sebabnya Kenapa Rosmah Tidak Ditangkap Dan Hanya Najib Sahaja


https://www.kecoh.info/2018/07/Inilah.Sebabnya.Kenapa.Rosmah.Tidak.Ditangkap.Dan.Hanya.Najib.Sahaja.html

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...