Skip to main content
THEATER MODE

Identiti Lelaki Misteri Di Parlimen Akhirnya Terjawab


Identiti Lelaki Misteri Di Parlimen Akhirnya Terjawab
Jika semalam, sosok lelaki misteri yang dirakam dalam beberapa gambar yang dimuat naik oleh Ketua Setiausaha Negara (KSU), Tan Sri Dr. Ali Hamsa ketika majlis angkat sumpah senator di Dewan Negara mencetuskan pertanyaan netizen, hari ini beberapa portal media tempatan mendedahkan identiti sebenar individu yang menjadi tumpuan netizen itu.

Lelaki misteri tersebut yang merupakan seorang sami Hindu, Arunachalanandaji adalah tetamu kepada Senator P. Waytha Moorthy yang baru sahaja dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial). Malah, beliau sendiri mengakui kecewa dengan komen-komen netizen di media sosial yang disifatkannya sebagai satu penghinaan.

Portal media tersebut juga melaporkan bahawa Arunachalanandaji adalah seorang sami Hindu yang dihormati atas dedikasinya keatas agama Hindu dan bagi Senator Waytha sendiri, sami tersebut merupakan seorang sahabat rapat yang dianggap seperti saudaranya sendiri.

Imej Arunachalanandaji yang berambut panjang dan berjambang lebat yang dirakam di dalam beberapa keping gambar tersebut dilihat berada di belakang seorang lelaki di bahagian hujung tepi dinding. Melalui gambar yang tular itu juga, hanya bahagian atas Arunachalanandaji sahaja dilihat, sekaligus menarik perhatian netizen.

Malah, portal berita BERNAMA melalui platform Twitter turut memuat naik satu tweet menegani isu yang tular tersebut. Menurut BERNAMA, lelaki ‘hantu’ yang diperkatakan oleh netizen itu merupakan tetamu kepada Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu.

"Lelaki yang kononnya hantu seperti yang tular di media sosial semalam, adalah manusia. Beliau merupakan tetamu kepada Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy yang mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara pada Selasa. ciapnya di twitter.

Identiti Lelaki Misteri Di Parlimen Akhirnya Terjawab


https://www.kecoh.info/2018/07/Identiti.Lelaki.Misteri.Di.Parlimen.Akhirnya.Terjawab.html

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...