Skip to main content
THEATER MODE

Harga Elektrik Naik, Kerajaan HARAPAN Didakwa Tipu Rakyat


Harga Elektrik Naik, Kerajaan HARAPAN Didakwa Tipu Rakyat
Kalau sebelum ini pihak dari gabungan 4 parti dan membentuk Pakatan Harapan seringkali melaungkan tentang hendak turunkan kos sara hidup rakyat sebelum memenangi pilihanraya umum dan seterusnya membentuk kerajaan.

Ini boleh dilihat dari kenyataan-kenyataan mereka dari siri jelajah ucapan dan ceramah mereka yang boleh kita lihat pada video-video yang masih beredar di media sosial.

Paling menariknya ialah rakyat mengharapkan agar janji harga elektrik diturunkankan seperti dijanjikan namun lain pula halnya berlaku selepas Pakatan Harapan mengambil tampuk pemerintahan.

Hari ini MCA membidas dan melabelkan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak meneruskan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen setiap kilowat per jam (kWj) berkuat kuasa kelmarin, sebagai ‘menikam belakang’ rakyat.

Datin Chew Mei Fun berkata yang juga Naib Presiden MCA berkata bahawa, memandangkan HARAPAN sebelum ini berjanji mahu mengurangkan kos hidup rakyat dan penamatan rebat itu bererti peningkatan harga elektrik di negara ini walaupun ia hanya membabitkan sektor komersial sahaja.
“Ini merupakan tindakan tikam belakang yang jelas oleh kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini bersungguh-sungguh berjanji mahu mengatasi isu peningkatan kos hidup rakyat.
“Banyak perkara di bawah Janji 100 Hari mereka telah ditangguhkan termasuk melalui keputusan pusingan U.
“Ini sekali gus menunjukkan kebanyakan janji mereka sebelum pilihan raya adalah tidak praktikal dan populis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berkuat kuasa 1 Julai lalu, pengguna bukan domestik tidak lagi mendapat rebat sebanyak RM1.52 sen setiap kWj dan pada masa yang sama, perlu membayar surcaj Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak RM1.35 sen setiap kWj.

Sementara itu, pengguna domestik atau isi rumah melebihi 300 kWj tidak lagi menikmati rebat RM1.52 sen setiap kWj.

Untuk tekod sebelum ini BN kena selalu dilabelkan dengan perkataan 'Barang Naik', kini PH pulak terkena badi yang sama. Penaik Harga (PH) atau dalam English adalah Price Hike (PH).

Namun hasil tinjauan kami pada media sosial ramai mengatakan tidak kisah dengan tarif elektrik naik, asalkan BN tumbang. Komen-komen itu kami petik dari laman media seperti facebook.

Terdahulu di bawah Kerajaan BN, tarif electrik dijanjikan kekal hingga akhir 2020. Namun selepas Kerajaan Pakatana Harapan dengan slogan 'Save Malaysia' harga pula meningkat. Mungkin ada sebab dan alasannya.


BN Pernah Janji Tarif Elektrik Kekal Sehingga 2020


Dulu Kata BN Khianati Rakyat Sebab Naikkan Tarif Elektrik



📜 Apa Ulasan Kecoh.Info Tentang Artikel Harga Elektrik Naik, Kerajaan HARAPAN Didakwa Tipu Rakyat Ini?
Seperti biasa kami di Kecoh.Info mengambil sikap untuk tidak berpihak pada mana-mana individu mahupun organisasi/kumpulan yang telah dinyatakan pada artikel di atas.

Namun Sidang Redaksi kami di Kecoh.Info terpanggil untuk memberi sedikit ulasan/pandangan/komen berkaitan isu yang telah dinyatakan dan kami berpegang pada kepercayaan dan kebebasan bersuara tanpa wasangka, Kecoh.Info akan sedaya upaya sebaiknya mengikut kemampuan kami untuk kongsikan pandangan dengan pihak ketiga.

Dan sekiranya artikel yang telah disiarkan/dikongsikan semula di laman ini adalah berkaitan pandangan peribadi penulis lain yang kami nyatakan pada artikel tersebut, kami boleh mengesahkan bahawa kami tidak mempunyai kepentingan mahupun kaitan yang diberikan oleh penulis itu sendiri.

Berbalik semula tentang isu seperti dalam artikel yang dinyatakan di atas, Kecoh.Info menolak keras mana-mana isu yang menindas rakyat dan berkaitan sara hidup rakyat. Jadi kami tidak menyokong dengan apa-apa jua bentuk yang menyusahkan rakyat terbanyak. Walau apa pun alasan yang diberikan oleh pihak yang berwajib haruslah mempunyai sebab yang munasabah dan releven. Jangan sampai menyusahkan rakyat, nanti rakyat pula susahkan anda pada pilihanraya akan datang. Kena ingat rakyat sekarang sudah bijak!


Sumber Video: Youtube

Sumber Gambar Hiasan: Google Image | Kredit Sumber Asal Dan Penafian Tentang Video Yang Disertakan Pula Sila BACA DI SINI!

Harga Elektrik Naik, Kerajaan HARAPAN Didakwa Tipu Rakyat


Open Comments

You Might Also Like:

Loading...