Skip to main content
THEATER MODE

Haqiem Rusli Pertahan Dirinya Alami Kemurungan Dan Bakal Jumpa Pakar Jiwa


Haqiem Rusli Pertahan Dirinya Alami Kemurungan Dan Bakal Jumpa Pakar Jiwa

Sebelum ini kecoh selepas beberapa rakan artis Haqiem Rusli yang kononnya hanya membuat gimik murahan semata-mata hendak meraih kontroversi agak mendapat perhatian dengan single terbaru beliau.

Kami tidak mahu ulas tentang isu peribadi sesiapa tetapi kami kongsikan kenyataan-kenyataan umum yang mereka kongsikan kepada umum dan kepada media. Jadi anda yang nilaikan.

Penyanyi, Haqiem Rusli, mendakwa dirinya mengalami kemurungan ringan dan akan menemui pakar psikiatri, esok, bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Artis berusia 20 tahun itu, yang menarik balik keputusannya untuk bersara daripada dunia muzik, turut meminta maaf kepada semua pihak atas kesilapan dilakukan sehingga mencetuskan perdebatan di kalangan penggiat dan peminat seni.

"Jujurnya, saya mengalami kemurungan ringan seperti insomnia, kerja berlebihan dan berat badan tidak stabil. Sejak (populariti) lagu Tergantung Sepi lagi, saya berdepan banyak kecaman.

"Setiap hari, beribu-ribu orang mengkritik dan mengutuk, mengatakan muka saya tak kacak, berjerawat dan menyanyi tidak sedap. Perkara itu membuatkan saya terfikir untuk berhenti menyanyi, atau saya akan mengalami kemurungan.

"Orang beranggapan, apa yang saya lakukan ini gimik sepenuhnya. Ia bukan gimik kerana berdasarkan pemahaman sendiri, memang saya alami tekanan. Saya juga merujuk kepada rakan yang pernah berdepan masalah ini dan kata mereka, saya alami 'mild depression'," katanya pada sidang media di sini, malam ini.

Mahu diberikan peluang kedua untuk meneruskan kerjaya seni, Haqiem bagaimanapun reda jika kariernya musnah dan tidak lagi diterima dalam industri hiburan.

Haqiem juga berkata, dia akan mengingatkan peminatnya agar tidak menyalahkan pihak lain, termasuk media, kerana kesilapan adalah daripada dirinya sendiri.

"Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma, saya harapkan rakyat Malaysia sudi memaafkan dan memberikan saya peluang kedua.

"Bantulah saya menguatkan kembali diri ini dan hentikanlah kecaman. Saya meminta maaf atas kesilapan langkah saya.

"Ketika saya mengumumkan mahu berhenti daripada arena muzik, baru-baru ini, saya belum berjumpa doktor. Saya cuma dapatkan pandangan orang sekeliling. Tetapi saya sudah buat temujanji dengan doktor, esok, untuk menjalani pemeriksaan," katanya.

Penyanyi itu turut memohon maaf daripada rakan artis, Ernie Zakri dan Wany Hasrita, yang terkait sama dalam isu terbabit selepas diundang menjayakan program sebuah stesen radio, baru-baru ini.

Kata Haqiem, dia tidak menyalahkan mereka apabila bertindak menghentam dan mengkritik tindakannya itu di media sosial.

Sementara itu, menurut wakil syarikat rakaman yang menaunginya, Sam Samin, kejadian itu menyedarkan FMC Music untuk lebih mengambil berat dan memberikan perhatian terhadap masalah dihadapi artis mereka.

Katanya, pihak FMC juga sudah menegur tindakan penyanyi terbabit dan sekiranya perkara sama berulang, kontraknya bersama syarikat itu mungkin dibatalkan.

"Kita bagaimanapun mengambil berat masalah kesihatan Haqiem dan akan membawa dirinya berjumpa pakar psikiatri, esok," katanya yang tidak menolak kemungkinan Haqiem cuma berdepan tekanan apabila meraih populariti secara mendadak.

Haqiem Rusli Pertahan Dirinya Alami Kemurungan Dan Bakal Jumpa Pakar Jiwa

Sumber Gambar Hiasan: Google Image | Sumber Pautan Video: Youtube

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...