Skip to main content
THEATER MODE

Hakim Kendalikan Kes Najib Adik Kepada Ahli Exco Umno Pahang


Hakim Kendalikan Kes Najib Adik Kepada Ahli Exco Umno Pahang
Peguam Negara tidak menyedari hakim Mahkamah Datuk Sofian Abd Razak mempunyai pertalian darah dengan seorang pemimpin Umno.

Menurut laporan dan memetik dari beberapa artikel media tempatan Tommy Thomas tidak menyedari bahawa hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Sofian Abd Razak, yang membicarakan kes terhadap Datuk Seri Najib Razak, mempunyai pertalian darah dengan seorang pemimpin Umno.

Menurut The Star, Thomas memberitahu wartawan demikian selepas Najib didakwa di mahkamah tinggi Kuala Lumpur, semalam.

"Ini kali pertama saya mendengarnya," katanya.

Hakim Sofian adalah adik kepada Datuk Mohd Soffi Abdul Razak yang merupakan ADUN Pahang selama lima penggal dan juga adalah anggota exco kerajaan negeri selama empat penggal.

Datuk Mohd Soffi Abdul Razak yang juga secara kebetulan, Najib juga berasal dari Pahang.

Najib didakwa semalam atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Semalam semua mata tertumpu ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di mana Najib menghadapi lebih 4 tuduhan pecah amanah berkaitan transaksi melibatkan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Menurut Najib lagi beliau reda dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau, semalam.

Menurutnya, beliau telah menjangkakan perkara tersebut dan menganggapnya sebagai harga yang perlu dibayar.

Beliau bagaimanapun berharap proses keadilan akan dijalankan dengan benar-benar adil mengikut lunas undang-undang.

Hakim Kendalikan Kes Najib Adik Kepada Ahli Exco Umno Pahang

Sumber Gambar Hiasan: Google Image | Sumber Pautan Video: Youtube

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...