Skip to main content
THEATER MODE

Bayi 3 Bulan Kononnya Diculik Akhirnya Ditemui Mati Dalam Peti Sejuk


Bayi 3 Bulan Yang Kononnya Diculik Akhirnya Ditemui Mati Dalam Peti Sejuk Pengasuh
Susulan kes kehilangan bayi berusia tiga bulan yang kecoh dan didakwa diculik oleh individu tidak dikenali pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves dekat sini, pada Selasa lepas, terkini bayi tersebut telah pun dijumpai mati di rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves.

Mayat Adam Rayqal Mohd Sufi ditemui di dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di kediaman itu kira-kira jam 11 malam tadi, lapor Berita Harian.

Menurut laporan yang memetik kenyataan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ali Ahmad, mayat Adam Rayqal yang lengkap berpakaian dan berbalut kain napkin serta disumbat dalam beg berwarna hijau ditemui oleh sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
"Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.
"Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan," kata Ali.
Polis sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun manakala mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Berita Terdahulu:

Bayi tiga bulan dilarikan dari rumah pengasuh

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan hilang dipercayai dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves dekat sini, pada Selasa.

Bapanya Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28 tahun, berkata kehilangan anaknya Adam Raikal dimaklumkan oleh isterinya Farah Madiha Othman, 28 tahun, kira-kira jam 7 malam.

"Isteri saya menghantar Adam Raikal ke rumah pengasuh pada pukul 12 tengah hari tadi kerana beliau ingin pergi bekerja.
Pada sebelah petang pengasuh memaklumkan kepada isteri yang anak saya telah diambil oleh seorang lelaki yang menyangka itu adalah saya... walhal saya belum mengambil anak dari rumah pengasuh," katanya ketika dihubungi pada malam Selasa.

Mohd Sufi Naeif berkata beliau belum pernah menjemput anaknya yang baharu seminggu dihantar ke rumah pengasuh berkenaan.

"Saya harap Adam Raikal dapat ditemui segera," katanya yang masih memberi keterangan kepada pihak polis setakat 11 malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Polis sedang merakam percakapan ibu bapa bayi terbabit bersama pengasuhnya," katanya.

Mohd Sufi Naeif memuat naik gambar Adam di laman sosial miliknya meminta orang awam membantu mengesan anaknya itu. - BERNAMA

📜 Apa Ulasan Kecoh.Info Tentang Artikel Bayi 3 Bulan Yang Kononnya Diculik Akhirnya Ditemui Mati Dalam Peti Sejuk Pengasuh Ini?
Seperti biasa kami di Kecoh.Info mengambil sikap untuk tidak berpihak pada mana-mana individu mahupun organisasi/kumpulan yang telah dinyatakan pada artikel di atas.

Namun Sidang Redaksi kami di Kecoh.Info terpanggil untuk memberi sedikit ulasan/pandangan/komen berkaitan isu yang telah dinyatakan dan kami berpegang pada kepercayaan dan kebebasan bersuara tanpa wasangka, Kecoh.Info akan sedaya upaya sebaiknya mengikut kemampuan kami untuk kongsikan pandangan dengan pihak ketiga.

Dan sekiranya artikel yang telah disiarkan/dikongsikan semula di laman ini adalah berkaitan pandangan peribadi penulis lain yang kami nyatakan pada artikel tersebut, kami boleh mengesahkan bahawa kami tidak mempunyai kepentingan mahupun kaitan yang diberikan oleh penulis itu sendiri.

Berbalik semula tentang isu seperti dalam artikel yang dinyatakan di atas, Kecoh.Info berharap agar semua ibu-bapa tidak bergantung sepenuhnya kepada penjaga atau pengasuh.

Sebaiknya pantau keadaan dengan lebih kerap dan kami juga menasihati agar sentiasa waspada dan bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya anda mengupah pengasuh atau penjaga untuk menjaga bayi mahupun anak anda.

Apa pun kami ucapkan tahniah buat pihak polis yang telah menjalankan siasatan dan kami juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Sumber Gambar Hiasan: Google Image | Kredit Sumber Asal Dan Penafian Tentang Video Yang Disertakan Pula Sila BACA DI SINI!

Bayi 3 Bulan Yang Kononnya Diculik Akhirnya Ditemui Mati Dalam Peti Sejuk Pengasuh


Open Comments

You Might Also Like:

Loading...