Skip to main content
THEATER MODE

Akhirnya Akaun Najib Tidak Lagi Dibekukan


Akhirnya Akaun Najib Tidak Lagi Dibekukan
Akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tidak lagi dibekukan.

Tindakan itu dilakukan “secara senyap-senyap” membuktikan pihak berkuasa salah membekukan akaun itu di peringkat awal, lapor portal Free Malaysia Today yang memetik sumber.

Akaun bank itu digunakan Najib untuk membayar bil dan perbelanjaan keluarga.

“Akaun ini tidak ada kena mengena dengan politik. Tidak ada kaitan dengan perkara yang disiasat oleh pihak berkuasa,” katanya.

Awal bulan ini, Najib didakwa dengan 3 pertuduhan pecah amanah dan 1 tuduhan salah guna kuasa berhubung wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dikatakan dipindahkan ke akuan peribadinya.

Bercakap kepada pemberita, sumber itu turut mempersoalkan pembukaan akaun bank tersebut pada hari pertama Dewan Rakyat, ketika ahli parlimen dari kedua belah pihak berkumpul untuk pertama kali sejak pilihan raya 9 Mei bagi majlis mengangkat sumpah.

“Nampaknya situasi itu lebih rumit daripada apa yang kita lihat,” tambahnya.

Sumber itu berkata kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad cuba “merumitkan perkara kecil” apabila memberitahu peguam Najib supaya merayu kepada pihak berkuasa untuk membatalkan pembekuan akaun beliau dan ahli keluarganya.

“Namun kini mereka secara senyap-senyap membuka akaun itu.

“Mereka perlu memohon maaf daripada mengambil tindakan secara rahsia dan berharap tiada siapa yang akan melihatnya,” katanya.

Akhirnya Akaun Najib Tidak Lagi Dibekukan


https://www.kecoh.info/2018/07/Akhirnya.Akaun.Najib.Tidak.Lagi.Dibekukan.html

Open Comments