Skip to main content
THEATER MODE

Akhir Zeti Dedahkan Rahsia Dan Perkara Sebenar Tentang Najib


Akhir Zeti Dedahkan Rahsia Dan Perkara Sebenar Tentang Najib
Belum pun habis kecoh tentang penahanan Datuk Seri Jamal Md Yunos dan Datuk Seri Najib Tun Razak, kecoh pula bilamana Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz hari ini mendedahkan serta menafikan beliau tahu mengenai wang sejumlah RM2.6 bilion yang berada dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang juga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia itu mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat dakwaan palsu berhubung perkara tersebut.

Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyatakab bahawa sebenarnya Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memanggilnya ke Pejabat Perdana Menteri pada 3 Julai 2015 lepas.

"Beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah meminta saya untuk mengeluarkan satu kenyataan bahawa dia tidak melakukan kesalahan dalam akaunnya."

"Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana saya tidak mempunyai pengetahuan tentang urus niaga yang berlaku dalam akaunnya."

"Saya kemudian menerima panggilan daripada Menteri Kabinet yang lain, juga membuat permintaan yang sama supaya saya untuk mengeluarkan kenyataan yang sama."

"Saya memberi beliau (Menteri Kabinet) jawapan yang sama bahawa saya tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana tidak mempunyai pengetahuan mengenai apa yang telah berlaku dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Zeti dalam satu kenyataannya memetik dari laporan media tempatan.

Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang berkata demikian bagi menjawab kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang mendakwa Zeti ketika menjadi Gabenor Bank Negara sedar tentang wang berjumlah RM2.6 bilion dalam akaunnya tetapi tidak mempersoalkan perkara itu.

Kenyataan itu dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu wawancara dengan sebuah portal berita atas talian baru-baru ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kenyataannya bahawa wang sebanyak RM2.6 bilion adalah derma daripada anggota keluarga diraja Arab Saudi.

Dalam kenyataan tersebut, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz juga memberitahu, Bank Negara Malaysia bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh pelaporan institusi kewangan mengenai urus niaga oleh pemegang akaun.

Jelasnya, komuniti perbankan sedar tentang peraturan-peraturan dan garis panduan berhubung pelaporan urus niaga yang mencurigakan dan perlu melakukan siasatan terhadap operasi mana-mana akaun yang terlibat.

Kecuali, institusi perbankan melaporkan kepada BNM tentang penyelewengan dalam akaun atau jika BNM menerima maklumat untuk mempercayai bahawa kesalahan telah berlaku, Bank Pusat tidak dapat memulakan siasatan ke dalam akaun.


Sumber Video: Youtube

📜 Apa Ulasan Kecoh.Info Tentang Artikel Akhir Zeti Dedahkan Rahsia Dan Perkara Sebenar Tentang Najib Ini?
Seperti biasa kami di Kecoh.Info mengambil sikap untuk tidak berpihak pada mana-mana individu mahupun organisasi/kumpulan yang telah dinyatakan pada artikel di atas.

Namun Sidang Redaksi kami di Kecoh.Info terpanggil untuk memberi sedikit ulasan/pandangan/komen berkaitan isu yang telah dinyatakan dan kami berpegang pada kepercayaan dan kebebasan bersuara tanpa wasangka, Kecoh.Info akan sedaya upaya sebaiknya mengikut kemampuan kami untuk kongsikan pandangan dengan pihak ketiga.

Dan sekiranya artikel yang telah disiarkan/dikongsikan semula di laman ini adalah berkaitan pandangan peribadi penulis lain yang kami nyatakan pada artikel tersebut, kami boleh mengesahkan bahawa kami tidak mempunyai kepentingan mahupun kaitan yang diberikan oleh penulis itu sendiri.

Berbalik semula tentang isu seperti dalam artikel yang dinyatakan di atas, Kecoh.Info menyerahkan sepenuhnya hak penyiasatan tersebut kepada pihak berkuasa. Namun anda sendiri boleh nilaikan sendiri siapa yang bercakap benar dan siapa yang menipu untuk menutup kesalahan masing-masing.

Kami juga percaya dalam sistem perundangan yang mana seseorang itu tidak bersalah selagi mana tidak dibuktikan bersalah
Sumber Gambar Hiasan: Google Image | Kredit Sumber Asal Dan Penafian Tentang Video Yang Disertakan Pula Sila BACA DI SINI!

Akhir Zeti Dedahkan Rahsia Dan Perkara Sebenar Tentang Najib


https://www.kecoh.info/2018/07/Akhir.Zeti.Dedahkan.Rahsia.Dan.Perkara.Sebenar.Tentang.Najib.html

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...