Skip to main content
THEATER MODE

Akaun Umno Untuk Kutip Derma Jamin Najib Pula Dibekukan


Akaun Umno Untuk Kutip Derma Jamin Najib Pula Dibekukan

Umum ketahui semenjak 3 hari lepas beberapa individu serta kumpula telah melancarkan tabung derma dimana ianya dipercayai untuk mengutip derma bagi membantu membayar wang ikat jamin Datuk Seri Najib Tun Razak.

Difahamkan mereka melakukan perkara tersebut atas dasar keprihatinan mereka untuk membantu dengan sukarela, namun umum ketahui bahawa akaun peribadi ataupun syarikat milik Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga telah dibekukan. Ianya dipercayai untuk siasatan.

Terbaharu satu daripada akaun bank yang dibuka Umno Pekan untuk membantu membayar wang ikat jamin ketua bahagiannya dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan telah dibekukan.

Zalmah Abdul Rahman yang juga ketua Wanita Umno Pekan berkata, beliau hanya mengetahui pembekuan akaun tersebut pagi ini.

"Ini (pembekuan akaun) hanya di Pekan, saya tidak tahu mengenai tempat lain, tetapi akaun ini dibuka oleh Umno Bahagian Pekan," Zalmah dipetik sebagai berkata oleh Malay Mail.

Walau bagaimanapun, tabung derma Najib yang diikhtiarkan bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii masih beroperasi.

Razlan telah mengesahkan dan memberitahu kepada pihak media jumlah sumbangan terbaru yang diterima hanya boleh diperiksa pada hari Isnin ini.

Sejumlah lebih RM200K berjaya dikumpul dan diraih oleh kempen tabung tersebut setakat jam 5 petang semalam.

Tabung derma yang dilancarkan itu bertujuan membantu Najib membayar wang ikat jamin berjumlah RM1 juta pada hari Isnin.

Najib telah membayar ansuran pertama RM500,000 pada hari Rabu lalu selepas meminta untuk dibicarakan mahkamah terhadap tiga pertuduhan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Pendakwaan terhadap Najib berkaitan dengan kes SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Akaun Umno Untuk Kutip Derma Jamin Najib Pula Dibekukan


https://www.kecoh.info/2018/07/Akaun.Umno.Untuk.Kutip.Derma.Jamin.Najib.Pula.Dibekukan.html

Open Comments

You Might Also Like:

Loading...