Skip to main content

follow us


Video Tajul Kahwin Senyap-Senyap Menjadi Tular?
Benarkah penyanyi remaja Tajul sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita bernama Nurul Syamieza Eddie berdasarkan sebuah rakaman video yang menjadi tular baru-baru ini?

Adik kepada Allahyarham Achik Spin ini secara bersahaja menggelarkan wanita di sebelahnya dalam video tersebut dengan panggilan 'wife' sekaligus menimbulkan spekulasi mereka sudah berkahwin.

Dakwaan itu dikuatkan lagi menerusi tinjauan di akaun Instagram wanita berkenaan iaitu @icaaeddie yang secara terbuka memaparkan tanda pagar #T Love #immarried.

“No komen,” demikian kata Tajul atau Tajul Ariff Noor Md Shari, 20, kepada Harian Metro saat diajukan pertanyaan mengenai gosip itu.

Meskipun enggan berbicara lanjut, pelantun Sedalam Dalam Rindu dan Hasrita ini berkata, panggilan dalam video tersebut hanyalah berniat untuk bergurau sahaja.

“Saya belum berkahwin lagi. Insya-Allah selepas habis kontrak dengan syarikat rakaman FMC nanti. Sekarang, tinggal tiga tahun lagi.

“Mengenai panggilan ‘wife’ berkenaan, sebenarnya saya saja bergurau. Tidak menjangka pula ia jadi tular,” katanya.

Terdahulu, akaun Instagram sebuah butik pakaian berkongsi video yang memaparkan Tajul membuat ucapan kepada seorang wanita dengan gelaran 'isteri', selepas mereka selesai berbelanja di situ.

Lantas, ruangan komen Instagram butik itu dibanjiri pertanyaan netizen yang seakan tidak percaya dengan pengakuan penyanyi berusia 20 tahun itu.

Kalaulah betul dakwaan itu, kami di Kecoh.Info mendoakan mereka diberikan jodoh berpanjangan dan moga berkekalan.

Apa-pun sama-samalah kita nantikan perkara yang sebetulnya atau juga perkara yang mengembirakan...


Video Tajul Kahwin Senyap-Senyap Menjadi Tular?


Artikel berkaitan Video Tajul Kahwin Senyap-Senyap Menjadi Tular? ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan Video Tajul Kahwin Senyap-Senyap Menjadi Tular? ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen