Skip to main content

follow us


UMNO Sudah Tiada Duit Untuk Salurkan Peruntukan Bulanan, Terpaksa Berhentikan
Hidup bagaikan roda gais!

Disebabkan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 lepas, UMNO telah mengambil keputusan untuk menamatkan saluran peruntukan bulanan ke semua bahagian dan cawangannya di seluruh negara, lapor Malaysiakini.

Lebih menyedihkan, setiausaha agung parti tersebut, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor telah menghantar surat pada 22 Mei lalu kepada semua setiausaha bahagian dan penolong setiausaha semua sayap akan perubahan polisi ini. Alamak!

Ini isi surat tersebut:


“Sayugia dimaklumkan, Ibu Pejabat setelah meneliti kedudukan kewangan parti dan ingin memaklumkan yang mana penyaluran peruntukan bulanan kepada pihak Bahagian dan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian terpaksa ditamatkan bermula Mei 2018.

“Walau bagaimanapun, adalah diharapkan bahawa pihak Bahagian dan Sayap Pergerakan Bahagian dapat meneruskan pengoperasian Bahagian sepertimana kebiasaan sebelum ini.

“Kerjasama semua berhubung perkara ini amat dihargai,” tulis surat itu.

Perkara ini telah disahkan pemimpin Pemuda UMNO Johor yang juga terima surat tersebut.

Dengan tersebarnya berita ini, netizen agak terkejut kerana UMNO ialah sebuah parti yang boleh dikatakan agak ‘mewah’ jugak kerana telah bertapak selama 61 tahun. Hmm siapa sangka kan, kekalahan PRU14 ni terus membawa masalah berat dalam kewangan parti ni!

Lepas ni ahli UMNO kenalah bijak berbelanja. Jangan bazirkan wang untuk buat jamuan yang mewah-mewah gitu. Hidang bihun goreng dengan air teh sudahhh…

UMNO Sudah Tiada Duit Untuk Salurkan Peruntukan Bulanan, Terpaksa Berhentikan

Artikel berkaitan UMNO Sudah Tiada Duit Untuk Salurkan Peruntukan Bulanan, Terpaksa Berhentikan ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan UMNO Sudah Tiada Duit Untuk Salurkan Peruntukan Bulanan, Terpaksa Berhentikan ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen