Skip to main content

follow us


UMNO Gesa Kerajaan PH Layan Penjawat Awam Pro BN Dengan Adil
UMNO hari ini menggesa pihak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghormati dan memberi layanan adil kepada penjawat awam yang menyokong kerajaan dahulu (Barisan Nasional).

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Strategik UMNO (UKSU) itu berkata, penjawat awam perlu diberi 'kebebasan berpihak' dengan menyokong siapa yang mereka mahu.

"Kami menggesa Kerajaan PH untuk menghormati hak-hak ini dan melayan perkhidmatan awam mereka secara adil," kata kenyataan itu.

UKSU juga berkata, semasa Kerajaan Barisan Nasional mentadbir, mereka tahu ramai penjawat awam dan tentera menyokong pembangkang. Namun, mereka tidak dipaksa untuk menyokong parti pemerintah atau tidak menjadikan mereka mangsa kerana pendirian politik.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mempersoalkan kesetiaan penjawat awam yang berkempen untuk Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Turut mengeluarkan kenyataan yang hampir sama iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, yang mahu mengenal pasti pegawai kerajaan yang menyokong Barisan Nasional ketika PRU14.

Bagi kami di Kecoh.Info rayuan sebegini sebenarnya tidak mendatangkan masalah besar.

Kerana kita berada di negara yang demokrasi yang mengamalkan sistem terbuka untuk semua. Tapi ada pihak yang mempersoalkan kononnya dahulu ketika UMNO BN jadi kerajaan tapi penjawat awam yang menyokong parti lawan akan dikenakan tindakan.

Lupakanlah hal lama dan dahulu, diharap kerajaan yang baru ini tidak mengamalkan sikap yang lama agar mengundang lagi perkara yang lebih buruk dimasa hadapan.

Sumber: Malay Mail


UMNO Gesa Kerajaan PH Layan Penjawat Awam Pro BN Dengan Adil


Artikel berkaitan UMNO Gesa Kerajaan PH Layan Penjawat Awam Pro BN Dengan Adil ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan UMNO Gesa Kerajaan PH Layan Penjawat Awam Pro BN Dengan Adil ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen