Skip to main content

follow us


'Tarzan pun nak jadi ketua pemuda Umno'
Persaingan merebut jawatan-jawatan utama dalam Umno semakin menarik, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pertandingan tiga penjuru atau lebih.

Antara yang jelas kini bagi jawatan ketua pemuda Umno selepas tiga individu tampil menawarkan diri untuk menjadi pengganti penyandangnya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Tumpuan terhadap perebutan itu dilihat makin mendapat perhatian selepas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos turut mahu mencuba nasib walaupun beliau kini dalam 'buruan' pihak polis.

Terdahulu, jawatan itu juga menarik minat bekas timbalan menteri Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan penyandang Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.

Justeru, keingginan Jamal itu juga dilihat sebagai sisi-sisi humor dalam arus perkembangan politik negara khususnya Umno pasca-pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bagi bekas pengarang kumpulan New Straits Times, Mustapha Kamil Mohd Janor, kemahuan Jamal itu katanya bakal disusuli oleh calon-calon lain termasuk 'Tarzan'.

Dengan nada agak sinis, beliau menyifatkan kemahuan Jamal itu sebagai kontradik dengan masalah yang dihadapi pemimpin yang kini bertindak menghilangkan diri daripada umum.

"Azwanbro (Khairul Azwan) nak jadi ketua pemuda Umno, Asyraf Wajdi nak jadi ketua pemuda Umno, Jamal J yang lari lintang pukang masuk ladang sawit itu pun nak jadi ketua pemuda Umno.

"Kejap lagi Tarzan akan kata dia pun nak jadi ketua pemuda Umno, Bugs Bunny, Ultraman, dan anjing Rin Tin Tin itu juga akan kata mereka nak jadi ketua pemuda Umno," katanya dalam satu tulisan di Facebook, hari ini.

Sementara itu Khairy Jamaluddin yang bakal melepaskan jawatan itu mengesahkan akan bertanding jawatan naib presiden.

Sebagai rekod, sebelum ini pun Jamal pernah menyatakan hasratnya mahu bertanding bagi jawatan ketua pemuda Umno.

Bagaimanapun pengumuman itu dibuat dalam keadaan yang berbeza, apabila ketika itu Umno belum kehilangan kuasa.

'Tarzan pun nak jadi ketua pemuda Umno'

Artikel berkaitan 'Tarzan pun nak jadi ketua pemuda Umno' ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.
Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan 'Tarzan pun nak jadi ketua pemuda Umno' ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen