Skip to main content

follow us


Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat Online 2018
Berita baik buat para penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Kerajaan Baharu di bawah Pakatan Harapan telah mengumumkan bahawa bantuan untuk golongan berpendapatan rendah dan berkelayakan akan diteruskan.
BR1M akan digantikan dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).
Berikut dikongsikan cara membuat semakan BSHR online iaitu status permohonan dan rayuan.

Kerajaan komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara tanpa meningkatkan beban hutang yang ditanggung kerajaan pada masa kini.
Sehubungan itu, sejumlah 4.1 juta penerima akan menerima bayaran BSHR peringkat kedua pada 6 Jun 2018 yang membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.
Untuk makluman, jumlah BSHR akan dikekalkan untuk semua kategori penerima pada tahun 2018.

Walaupun BR1M telah digantikan dengan BSHR, pemohon masih boleh membuat semakan status permohonan dan rayuan mereka sama seperti dahulu iaitu melalui Laman Web Bantuan Sara Hidup Rakyat di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/.

Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat Online 2018
SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP (BSHR) ONLINE MELALUI MyBSHR

  1. Masukkan No. Kad Pengenalan – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. Contoh: 860424035123
  2. Klik butang Log Masuk
  3. Soalan Keselamatan akan dipaparkan jika data telah wujud.
  4. Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan masuk ke Laman MyBR1M.
  5. Soalan dan jawapan bagi Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat permohonan terkini yang diisi oleh pemohon.
  6. Setiap soalan hanya dibenarkan 3 kali percubaan menjawab sahaja

Setelah berjaya mengkases MyBSHR
  1. Klik pada menu Semakan Status
  2. Tekan butang Cetak Status Semakan untuk cetak semakan





Untuk sebarang pertanyaan berkaitan semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat, sila hubungi
1. Sekretariat BR1M
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Presint 2, 65292 Putrajaya

2. Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM
1-800-88-2716
Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

3. Hotline MOF
03-8882 4565, 03-8882 4566

4. Faksimili MOF
03-8882 3933

Maklumat semakan BSHR 2018 akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Penerima bantuan atau pemohon yang ingin mengetahui maklumat terkini BSHR boleh merujuk kepada Laman Web Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat di https://ebr1m.hasil.gov.my/Home.aspx.

Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat Online 2018


Artikel berkaitan Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat Online 2018 ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat Online 2018 ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen