Skip to main content

follow us


RM10,000 Hadiah Pada Pembagi Maklumat Hingga Jamal Ditangkap
Seorang ahli perniagaan menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Menurut anggota parlimen Kepong, Lim Lip Eng, ahli perniagaan berkenaan memberitahunya mengenai perkara itu dalam satu majlis makan malam tadi.

"Saya menghubunginya pagi ini untuk sahkan semula dan dia mengesahkan tawaran berkenaan. Jadi saya tanya kepada beliau bagaimana kalau Jamal melarikan diri setelah mengetahui tentang tawaran itu.

"Ahli perniagaan itu kata ia bukan isu. Selagi maklumat itu boleh dipercayai dan membantu polis menahannya (Jamal), individu itu akan menerima ganjaran," katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya apakah ganjaran itu akan diberikan sekali gus, Lim berkata ia akan diberikan bagi setiap maklumat yang dibekalkan sehingga Jamal ditangkap.

Lim juga berkata ahli perniagaan itu tidak mempunyai sebarang agenda menawarkan ganjaran itu.

"Dia hanya marah bila seseorang melarikan diri apabila dikehendaki oleh polis. Dia melakukan ini kerana dia mahu memastikan Malaysia memiliki undang-undang," tambah pemimpin DAP itu.

Jamal menghilangkan diri pada 25 Mei ketika menerima rawatan di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur, selepas dituduh berhubung protes di hadapan bangunan SUK di Shah Alam.

Dia juga sedang disiasat kerana kesalahan senjata api dengan mempamerkan senjata api kepada umum.

Dalam video yang dikeluarkan kemudian, Jamal yang diihat berada dalam sebuah ladang kelapa sawit, mendakwa dia menjadi mangsa kerajaan Pakatan Harapan.

Dia juga mendakwa bahawa gambarnya dengan senjata api adalah palsu.


RM10,000 Hadiah Pada Pembagi Maklumat Hingga Jamal Ditangkap


Artikel berkaitan RM10,000 Hadiah Pada Pembagi Maklumat Hingga Jamal Ditangkap ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.
Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan RM10,000 Hadiah Pada Pembagi Maklumat Hingga Jamal Ditangkap ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen