Skip to main content

follow us


Rakaman Video Penuh Lelaki Maut, Kepala Dipatuk Ular Tedung
Viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang lelaki berumur lewat 30-an dipatuk ular tedung di bahagian kepala.

Klip video berdurasi 38 saat yang tidak dinyatakan lokasi kejadian tetapi berlaku pada tahun 2018 pada jam 5.12 petang menunjukkan mangsa pergi ke bahagian belakang kediamannya untuk menyidai pakaian.

Mangsa yang tidak menyedari kehadiran haiwan berbisa yang bertengek di ampaian itu terdahulu mengambil beberapa barang yang terjatuh di lantai.

Sebaik saja meletakkan barang-barang itu di tempat asal, ular itu terus mematuk bahagian kepala mangsa.

Terkejut dengan kejadian itu, mangsa segera melarikan diri ke hujung ampaian, manakala ular itu terus keluar menuju ke semak di belakang rumah.

Mangsa kemudian bergegas berlari masuk ke dalam rumah.






Menurut sumber, mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital di mana bisa ular tersebut telah 'merebak' ke bahagian otak mangsa.

Orang ramai diingatkan sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling rumah. Sebaik-baiknya, elakkan dari menyimpan bekas yang berpotensi menjadi kediaman haiwan-haiwan berbisa.

Kami di kecoh.info merakamkan takziah kepada keluarga mangsa. Diharap tenang dan tabah menerimanya dengan hati terbuka.

Jom sama-sama kita saksikan video rakaman CCTV tersebut bagaimana ular tersebut menyerang mangsa:

Sumber Video: Youtube

Rakaman Video Penuh Lelaki Maut, Kepala Dipatuk Ular Tedung


Artikel berkaitan Rakaman Video Penuh Lelaki Maut, Kepala Dipatuk Ular Tedung ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.
Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan Rakaman Video Penuh Lelaki Maut, Kepala Dipatuk Ular Tedung ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen