Skip to main content

follow us


Perniagaan Rosyam Nor Diboikot Akibat Dia Sokong Umno Ini Respon Beliau
Pelakon Datuk Rosyam Noor menganggap pihak yang meminta agar pasar rayanya diboikot sebagai ‘tiada kerja lain nak buat’.

Menurutnya, meskipun ada saranan sebegitu, namun perniagaannya itu berjalan lancar.

“Alhamdulillah di bulan Ramadan ini saya mendapat banyak rezeki pahala yang orang bagi secara percuma.

“Ada yang mengutuk saya, tetapi alhamdulillah dalam masa bulan puasa ini jugak ALLAH beri rezeki berlipat ganda kepada saya, walaupun ada pihak yang cuba hendak memboikot tapi alhamdulillah 24 jam penuh sentiasa, meskipun saya belum lancarkan secara rasmi pasar raya saya,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan pihak tertentu agar pasar raya ST Rosyam Mart diboikot gara-gara perbezaan haluan politik.

Sebelum itu : “Marilah sama-sama memboikot ST Rosyam Nor Mart” – Kecaman Dari Netizen. Ini sebabnya…

Mengulas lanjut, Rosyam yang terkenal dengan watak Castello itu turut melahirkan rasa terima kasih kepada mereka yang menyokong perniagaannya.

“Terima kasih yang ‘support’ bagi saya benda itu segelintir sahaja, orang Melayu Islam tak sebegitu hanya mereka yang mungkin kekurangan akhlak melakukan perkara begitu,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan bahawa ada yang istimewa buat mereka yang mengunjungi pasar rayanya nanti.

“Lepas raya kita akan buat promosi untuk menjual ayam murah seekor 88 sen,” katanya.

Bagi kami di Kecoh.Info amatlah tidak wajar menghukum seseorang itu dek kerana perbezaan pemahaman politiknya. Jadi marilah kita bersama-sama berlapang dada dan mengamalkan ruang terbuka untuk semua.

Apa pun kami berharap selebriti yang dimaksudkan itu menerimanya dengan tenang apa jua rintangan yang akan mendatang dan kami doakan semoga maju jaya!

Perniagaan Rosyam Nor Diboikot Akibat Dia Sokong Umno Ini Respon Beliau

Artikel berkaitan Perniagaan Rosyam Nor Diboikot Akibat Dia Sokong Umno Ini Respon Beliau ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan Perniagaan Rosyam Nor Diboikot Akibat Dia Sokong Umno? ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen