Skip to main content

follow us



Penjaga Gol Tunisia Pura-Pura Cedera Semata-Mata Mahu Berbuka Puasa

Tular gambar Mouez Hassen, penjaga gol Tunisia baru-baru ini apabila dia 'cedera' hanya kerana mahu memberi masa untuk rakan-rakannya yang lain berbuka puasa.



Kejadian itu berlaku ketika perlawanan persahabatan iaitu menentang Portugal dan juga perlawan menentang Turki yang berlangsung di Rusia. Mouez tiba-tiba merebahkan badannya diawal separuh masa kedua untuk menarik perhatian pengadil sementara pegawai perubatan datang untuk memberikan 'bantuan' kepadanya.



Dalam kejadian yang berlaku pada minit ke-58 dengan masa beberapa minit ditangguhkan, pemain-pemain lain berjaya 'mencuri' masa tersebut untuk lari ke tepi padang dan berbuka puasa dengan kurma dan air.

Fun fact:
Tunisian National team has played the last two friendlies while fasting. So, whenever the time comes to break Fast. The players have an agreement that the GK would go down so they can get a moment to drink some water and get something to eat 😂😂#Ramadan #tunisia pic.twitter.com/4Rgz380ukW
— Souhail Khmira (@SKhmira) June 2, 2018

Selepas 6 minit berbuka puasa, Tunisia berjaya menyamakan kedudukan jaringan 2-2 sehingga perlawanan tamat.



Tambah menarik, apabila Mouez sekali lagi melakukan perkara yang sama 4 hari kemudian ketika menentang Afrika Utara. Kejadian berlaku pada minit ke 49 dan perlawanan turut seri dengan 2-2 jaringan.



Perlawanan yang jatuh pada bulan Ramadhan itu akhirnya membawa tuah kepada pasukan Tunisia setelah layak ke kejohonan Piala Dunia 2018 selepas menjuarai kumpulan A kelayakan zon Afrika. Mereka bakal beraksi di kumpulan G bersama Belgium, England dan Panama bermula 18 Jun 2018 nanti.


Penjaga Gol Tunisia Pura-Pura Cedera Semata-Mata Mahu Berbuka Puasa


Artikel berkaitan Penjaga Gol Tunisia Pura-Pura Cedera Semata-Mata Mahu Berbuka Puasa ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan Penjaga Gol Tunisia Pura-Pura Cedera Kerana Mahu Buka Puasa ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen