Skip to main content

follow us

Nora Danish Terkilan Dan Sedih Netizen Kutuk Dan Hina Fizikal Anaknya
Nora Danish Terkilan Dan Sedih Netizen Kutuk Dan Hina Fizikal Anaknya
Pelakon Nora Danish, meluahkan rasa terkilannya di Instastory malam tadi berikutan masih ada golongan netizen yang tidak bertanggungjawab mengutuk dan mempertikaikan fizikal anaknya, Ney Ney atau nama sebenar Mohamed Neqayl Nazri Aziz.

Meskipun sebelum ini Nora pernah membuat 'teguran' kepada golongan ini, namun ianya seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Hati ibu mana yang tidak berasa sedih apabila fizikal anaknya sering menjadi sasaran golongan ini untuk membawang?

"Malam ini sangat emosi, sebab terkilan. Anak saya ini bukan anak mat salleh ke apa yang kena nampak perfect. Anak Melayu kot?

"Semua manusia dalam dunia ini, semua ada keistimewaan masing-masing. Nak kutuk pun, membawang ke, kutuklah benda lain. Kutuk ciptaan Allah tak ada ke rasa takut dalam hati?

"Apalah salah Ney Ney kat korang. Haih! Manusia, manusia," tulis Nora.

Dalam pada itu juga, Nora menjelaskan, biarpun mereka adalah public figure, tidak semestinya mereka mampu berdepan dengan kutukan yang melibatkan anaknya sendiri.

"Tak semestinya public figure ini hati kering. We also have feelings like you!

"Actually kami ni extra emotional and sensitive sebab kami ini orang seni. Sebab itu boleh jadi pelakon.

"Kalau kita ada buat salah, tegur. Tak perlu membawang for no reason. Cuba membawang keluarga sendiri, tengok apa diorang rasa? Cuba, try," tulis Nora.

Nora Danish Terkilan Dan Sedih Netizen Kutuk Dan Hina Fizikal Anaknya

Walau bagaimanapun, Nora tetap mendoakan agar golongan berkenaan berubah dan dibersihkan hati mereka. Tidak kurang juga, dia berterima kasih kepada para peminat yang 'membahagiakan' mereka ketika mereka dianiaya kaki buli siber.

"For those 10 percents yang hati hitam itu, saya doakan semoga Allah beri hidayah kepada anda dan bukakan hati anda supaya jadi bersih putih bersinar kembali. InsyaAllah.

"Yang sentiasa memuji, Alhamdulillah syukur. Nora doakan semoga anda mendapat pahala yang banyak kerana membahagiakan kami yang teraniaya," tulisnya.

Nora Danish Terkilan Dan Sedih Netizen Kutuk Dan Hina Fizikal Anaknya


Nora Danish Terkilan Dan Sedih Netizen Kutuk Dan Hina Fizikal Anaknya


Artikel berkaitan Nora Danish Terkilan Dan Sedih Netizen Kutuk Dan Hina Fizikal Anaknya ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan Nora Danish Terkilan Dan Sedih Netizen Kutuk Fizikal Anaknya ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen