Skip to main content

follow us


Najib Persoalkan Dan Mahu Bukti Hutang Negara Cecah Paras RM1 Trilion
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus mempersoalkan niat sebenar kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung hutang negara yang didakwa berada pada paras RM1 trilion.

Menurut beliau, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hanya bertindak mengelirukan rakyat negara ini tanpa memberikan butiran lanjut berhubung hutang berkenaan.

“Guan Eng mengkritik pasaran kewangan dengan menyatakan hutang negara adalah RM1 trilion tanpa memberikan butiran.
“Namun selepas pelbagai pihak termasuk saya sendiri mempersoalkan, beliau menjelaskan hutang rasmi kerajaan kekal pada RM686.8 bilion atau 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Malah beliau berkata, tindakan Setiausaha Agung DAP itu hanya bermotifkan politik dengan memetik pelbagai angka yang tidak tepat.
“Guan Eng terus menegaskan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Singapura-Kuala Lumpur (HSR) yang dibatalkan sekarang ini bernilai RM110 bilion walaupun Singapura dan Malaysia sebelum ini menganggarkan ia akan menelan kos maksimum RM72 bilion termasuk kos pengambilan tanah.
“Beliau mendakwa, angka inflasinya RM110 bilion termasuk kos faedah. Bagaimana angka ini dipetik kerana ia tidak jelas sebagai tender antarabangsa yang memerlukan mereka yang mengambil bahagian untuk mencadangkan pakej pembiayaan mereka hanya ditutup pada Disember 2018,” soal Ahli Parlimen Pekan itu.
Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkata Guan Eng tidak mempedulikan permintaan banyak pihak untuk mendedahkan kajian perlaksanaan dan ekonomi untuk projek HSR.
“Bagi kepentingan ketelusan, laporan ini harus didedahkan kepada orang ramai untuk menentukan sama ada kepentingan terbaik Malaysia disampaikan dengan membatalkan projek tersebut,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini, Guan Eng berkata langkah kerajaan mengumumkan butiran sebenar paras hutang negara dan liabiliti mencecah RM1 trilion dilakukan atas prinsip cekap, bertanggungjawab dan ketelusan.

Menurutnya, pendedahan tersebut akan akan membolehkan kerajaan mengambil tindakan konkrit untuk mengawal selia serta memperkukuhkan lagi tahap kewangan Malaysia.

Guan berkata setakat 31 Disember 2017, hutang RM1 trilion yang diumumkan kerajaan melibatkan hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM686.8 bilion manakala sejumlah RM199.1 bilion pula membabitkan jaminan yang perlu dilangsaikan kerajaan bagi pihak pelbagai entiti yang tidak dapat menunaikan tuntutan hutang terbabit.

Jaminan kerajaan itu meliputi entiti seperti Danainfra Nasional Bhd (RM42.2 bilion); Govco Holdings Bhd (RM8.8 bilion); Prasarana Malaysia Bhd (RM26.6 bilion); Malaysia Rail-Link Sdn Bhd (RM14.5 billion) serta bagi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dianggarkan RM38 bilion.

Najib Persoalkan Dan Mahu Bukti Hutang Negara Cecah Paras RM1 Trilion

Artikel berkaitan Najib Persoalkan Dan Mahu Bukti Hutang Negara Cecah Paras RM1 Trilion ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan Najib Persoalkan Dan Mahu Bukti Hutang Negara Cecah Paras RM1 Trilion ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen