Skip to main content

follow us


Menteri Lantik 'Scammer' Najib Asaddok Jadi Penasihat?
Pelantikan pakar pemasaran internet Najib Asaddok menyertai barisan anggota Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) ditangguhkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menterinya Salahuddin Ayub dalam kenyataan berkata, satu perbincangan dua mata antara beliau dan Najib diadakan hari ini.

“Saudara Najib dilantik sebagai penasihat berdasarkan latarbelakang beliau sebagai seorang jurulatih pemasaran atas talian.

Namun, saya telah mengadakan perbincangan hati ke hati dengan beliau berasaskan kepada laporan-laporan dan komen-komen di media sosial terhadap pelantikannya sebagai ahli MPPN.

“Maka, secara tulus hati, beliau telah bersetuju untuk menangguhkan penyertaannya dalam MPPN bagi memudahkan dan memberi peluang kepada saya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjalankan penyiasatan dan penelitian terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan terhadap beliau.

“Ini merupakan kata sepakat yang telah kami capai untuk kebaikan bersama.,” ujarnya kenyataan itu hari ini.

Semalam Salahuddin mengumumkan pelantikan Najib, dan 3 anggota lain, iaitu Pengerusi Dagang NeXchange Bhd, Tan Sri Abdul Rahman Mamat; Pengarah Eksekutif Leong Hup International Sdn Bhd, Tan Sri Francis Lau Tuang Nguang; dan Pengarah Institut Kajian Dasar Makanan dan Pertanian di Universiti Putra Malaysia, Datin Fatimah Mohd Arshad.

Orang ramai bagaimanapun mempersoalkan kelayakan Najib, mendakwa “pakar pemasaran internet” itu berguru dengan pakar motivasi, Azizan Osman, yang terpalit kontroversi mengenai kelayakan akademiknya.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden AMANAH itu berkata, kementeriannya telah melantik Najib bertujuan untuk menjana idea ke arah memperkasa dan meningkatkan produktiviti pertanian dan industri asas tani bagi meningkatkan sumbangan kepada pendapatan negara dan rakyat.

Justeru katanya lagi, ahli-ahli MPPN dilantik daripada pelbagai kemahiran dan tidak terhad kepada bidang pertanian sahaja.

“Sesetengah ahli MPPN diambil luar dari bidang pertanian agar idea-idea baru dan segar dapat diterapkan untuk menambahbaik fungsi dan perkhidmatan kementerian,” ujarnya.

Kenapa Menteri Asas Tani Lantik 'Fake Expert' Najib Asaddok Sebagai Penasihat Soal Netizens.
Terdahulu kecoh di media sosial tentang keputusan Menteri Asas Tani yang baru tersebut. Bagi dunia anti scammer, nama seperti Azizan Osman dan Najib Assadok adalah sosok biasa yang sering dikritik kerana didakwa melakukan penipuan dan manipulasi.

Terbaru, Najib Asaddok seperti yang dilaporkan oleh media tempatan telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Majlis Penasihat Pertanian Negara.

Perkara itu kemudiannya menimbulkan ketidakpuasan hati netizens yang mempertikaikan kelayakan Najib Asaddok. Timbul beberapa spekulasi dan cakap-cakap di media sosial di ruangan komen PW kononnya Najib adalah bekas ahli PAS yang kini bersama Amanah Johor dan disebabkan 'hubungkait' seperti itulah memudahkan beliau terpilih. Bagaimanapun dakwaan itu tidak dapat disahkan.

Halaman terkenal anti scam - PW Community turut mempertikaikan perihal lantikan tersebut.

Berikut kenyataan mereka;
"Najib Asaddok Ahli Majlis Penasihat Pertanian Negara?

What a joke.
Nampaknya penyakit tak reti beza real experts dengan fake experts telah menjangkiti kerajaan baru.

Macam pokok baru nak tumbuh tiba-tiba ada satu penyakit ditambah kepada pokok tu kononnya nak bagi pokok tu sihat dan produktif.

Argumen PW:
  1. Najib Asaddok tak akan mengaku Azizan Osman guna PhD palsu sedangkan Azizan Osman ialah mentornya.
  2. Najib Asaddok sendiri self-appointed self-proclaimed kononnya pakar pemasaran internet. Jenis berguru dengan Azizan Osman ni tekniknya akan mengaku apa sahaja yang hebat-hebat walaupun tak ada bukti. Janji audiens percaya.
  3. Najib Asaddok tak releven dalam isu pertanian jika hal ehwal pemasaran internet sekalipun. Najib Asaddok sendiri hari-hari iklan dalam radio.
  4. Ramai lagi akademia serantau yang boleh beri sumbangan kalau setakat nak bagi nasihat kepada Kementerian Pertanian.
Benda macam ni pernah terjadi sewaktu Annuar Musa selaku Pengerusi MARA rekomen kepada UniKL supaya melantik Hasmiza Othman sebagai Professor Adjung di UniKL Business School.

Umum mengetahui Hasmiza Othman juga terkenal sebagai seorang pengguna fake credentials dengan PhD palsu.

Kenapa kena lantik fake experts dengan "kepakaran" self-appointed syok-sendiri macam Najib Asaddok?

Tak ada mereka dengan bakat dan kepakaran yang genuine lain kah di Malaysia ni?," kata PW dalam satu kenyataan di Facebook pada selasa.

Kaitan Najib Asaddok dengan Azizan Osman



Dalam pada itu netizens turut menyebarkan beberapa tangkaplayar yang menunjukkan hubungan baik antara Azizan Osman dan Najib Asaddok. Najib Asaddok ialah anak murid kepada Azizan Osman.

Respon netizens




Tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata netizens tidak bersetuju dengan perlantikan Najib Asaddok sebagai Ahli Majlis Penasihat Negara.

Abu Bakar Mohd Rashid : "Antara ajaran Azizan Osman ialah kau kena position diri kau sebagai pakar - berbohong sebagai pakar walaupun bangang. Ramai "students" dia cerita tentang ajaran sesat tu. Dan, itu la yang Najib Assadok buat - play expert".

Eddy Gordon Zul : "Satu benda yang gagal teruk dalam Kementerian Pertanian selama ni ialah style management Top Down depa. Wa tak pernah nampak suara petani, nelayan dan peladang betul-betul di angkat untuk menyusun polisi pertanian malaysia.

Yang boss atas pegang tanah pon tak pernah main hentam saja buat benda bukan-bukan.Takat lantikan SPA tapi sembang macam bertani pengalaman 20 tahun. Sebab tu tak pernah maju.

Tetiba Sallahuddin pon dok ulang polisi top down ni. Tak payah susah-susah nak Najib Assadok sangat la. Bagi ja peladang yang dapat anugerah Peladang Malaysia jadi penasihat. Yang muda-muda pon banyak. Angkat individu yang betul-betul into the business. Baru la bottom up bai.

Takat expertise online business lu pi cari consultance je.Dan benda ni bersepah je pon. Hire the expert bukan peniaga air liur".

Kebanyakan dari netizens mahu Menteri Asas Tani, Sallahuddin Ayub mempertimbangkan semula perlantikan itu yang menurut mereka adalah sesuatu tidak sepatutnya berlaku.

Namun hasil tinjauan kami di media sosial ramai netizen mengatakan si Najib Asaddok nie penipu macam Azizan Osman hanya berniaga air liur. Dan hasil carian di google dan blog-blog ramai juga meninggalkan komen-komen negatif pada beliau. Ramai memberi testimoni kekecewaan bila mana menghadiri kelas beliau yang dikatakan hanya menjual ilmu sampah dan air liur sahaja.

Namun kami di Kecoh.Info berharap perkara ini dapat disiasat dah pihak berwajib bertindak dengan sewajarnya. Kerana kita tidak harus melabel seseorang itu sebelum penyiasatan penuh dilakukan.

Kami juga menyokong penuh pihak berkuasa dan berwajib buka kertas siasatan tentang laporan Azizan Osman dan Najib Assadok ini seperti mana Najib Razak di siasat dengan adil jikalau didapati ada kekhuatiran dan laporan yang telah dibuat.

Menteri Lantik 'Scammer' Najib Asaddok Jadi Penasihat?


Artikel berkaitan Menteri Lantik 'Scammer' Najib Asaddok Jadi Penasihat? ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan Menteri Lantik 'Scammer' Najib Asaddok Jadi Penasihat? ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen