Skip to main content

follow us


Lelaki Ini Sahkan Ada Ketumbuhan Pada Otak Akibat Merokok
Sudah kerap diingatkan berhentilah merokok kerana ia memudaratkan kesihatan, namun masih ramai yang tidak endah dan menganggap ajal maut di tangan tuhan dan perokok penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. Mudah berkata demikian kerana masih belum ditimpa sebarang musibah.

Bagi lelaki ini yang baru kehilangan isterinya, dia bukanlah perokok yang tegar. Malah dia sendiri terkejut bagaimana boleh ada 'sesuatu' di bahagian otak kanannya yang dipercayai menjadi punca utama dia kerap mengalami masalah pening kepala dan sawan tarik tanpa sedar.

Beringatlah wahai perokok, berhentilah sebelum terlambat. Semoga perkongsian dari Apeq Firas ini memberi kesedaran kepada golongan perokok.

Tekanan memang boleh memudaratkan kesihatan seseorang. Tetapi jika tekanan itu tidak diuruskan dengan baik, sebaliknya ditambah dengan gaya hidup yang tidak sihat, seperti merokok, dikhuatiri ia mampu menjemput bencana yang lebih teruk.

Lelaki Ini Sahkan Ada Ketumbuhan Pada Otak Akibat Merokok

Yalah, ada yang beranggapan dengan merokok, sedikit lelah yang berpaut di bahu dapat dileraikan. Badan rasa ringan, otak pun tenang. Tapi betul ke macam tu? Dengan merokok, ia memberi kebaikkan dalam menangani stress? Kalau ya jawapan diberi, anda mungkin akan fikirkannya semula selepas membaca kisah yang dikongsikan oleh saudara Apeq Firas ini.

Dia yang kehilangan isteri mengakui merasa stress disebabkan kejadian itu. Antara cara yang dilakukannya untuk menenangkan diri adalah dengan menghisap rokok, hinggalah satu hari dia membuat pemeriksaan kesihatan dan dirinya disahkan menghidapi penyakit berbahaya di dalam otak.

Nak tahu lebih lanjut kisahnya? Jom baca kisah di bawah. Semoga memberi pedoman buat anda.

JUST NAK SHARE SIKIT apa cerita yang terjadi kat aku sekarang ni. Mana tau boleh jadi pedoman untuk kawan-kawan yang lain. Kalau nak ikutkan panjang ceritanya. Tapi takpelah aku ringkaskan jelah. Yang mana faham tu faham lah, yang tak faham buat-buat faham jelah. Sebelum ni aku kerap sakit kepala, kadang-kadang kena sawan tarik sorang-sorang tapi aku tak tau mende tu sawan ke apa. So pendekkan citer.

Bawah ni gambar CT SCAN yang dibuat pada Rabu pagi 30/5. Gambarajah yang kiri bersamaan otak kanan, yang kanan otak kiri. Lepas habis scan aku pun balik lah. Tengah hari dapat call daripada Doc Hospital Putrajaya (HPJ) suruh datang balik dan direct terus ke Emergency Department (ED) jumpa doc di Semi Kritikal.



Aku pelik tanya kenapa? Doc cakap ada nampak 'something' di otak kanan aku bila masuk air contrast CT SCAN. So dalam pukul 2 pm aku sampai. Aku diminta baring terus di katil dan kena cucuk terus line branular di tangan. Aku minta izin untuk solat zuhur dulu disitu. Dalam jam 3 pm lebih hampir 4 pm sambil menunggu apa tindakan doc selanjutnya, tiba-tiba aku termenung dan kepala aku pening berpusing-pusing.

Makin lama otak aku makin menarik kejang sekali dengan seluruh badan sambil tak boleh bernafas oksigen tak sampai di otak. Nasib baik la mulut boleh buka panggil doc yang ada ramai depan mata. Masa kena tu memang dah rasa macam nak ajal, otak macam nak meletup! Dengan tak dapat bernafas. Then lepas tu aku tak sedar dah. Tau-tau lepas sedar kepala aku sakit gila skor 10 dan ada dalam Red Zone Kritikal dengan badan bertampal-tampal ECG dan macam-macam lagi. Doc cakap aku kena tu lebih kurang 2 minit lebih mata putih keatas.



So aku diberikan bantuan oksigen di wad coz otak aku tak cukup bekalan oksigen. Tapi sekarang Alhamdulillah makin better, cuma kepala ada dizzy skor 2,3 camtu bila berjalan atau kepala tiada support. Semalam buat MRI scan di IKN tempat arwah permaisuri aku meninggal. Dan sekarang ni tengah tunggu formal report daripada PAKAR NEURO HKL. Coz HPJ sini tiada pakar NEURO.

Lelaki Ini Sahkan Ada Ketumbuhan Pada Otak Akibat Merokok

Doakan aku harap-harap tiada apa yang serius bukan tumor malignin (kanser) dan merisaukan. Kalau ada pun pun biarlah ketumbuhan biasa (benignin) atau yang tak perlu dibedah dan boleh dikecutkan bengkak tu dengan makan ubat saja. Jika dibedah risiko mungkin lost memory sikit, hilang keupayaan sebelah badan. Hanya orang sekeliling yang boleh bagi aku support yang positif.

Kemungkinan punca sebab apa ini terjadi?

Bila doc tanya history life aku, mungkin disebabkan aku terlalu stress dalam life aku dan bersedih kematian isteri dan paling utama aku MEROKOK! Sambil sedih-sedih stress sedut asap. Doc cakap coz MEROKOK ni punca segala jenis penyakit. Termasuklah VAPE! Walaupun aku merokok tak sekuat mana, sekotak 2,3 hari baru habis.

So aku nasihatkan korang yang merokok tu STOP lah dari sekarang. Please STOP! Aku repeat PLEASE STOP!.

AKU MOHON DOA DARIPADA RAKAN DAN KENALAN SEKALIAN SUPAYA TIADA APA-APA YANG SERIUS YANG MERISAUKAN DAN ALLAH BERIKAN KESEMBUHAN KEPADA AKU. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

Sumber : Apeq Firas


Lelaki Ini Sahkan Ada Ketumbuhan Pada Otak Akibat Merokok


Artikel berkaitan Lelaki Ini Sahkan Ada Ketumbuhan Pada Otak Akibat Merokok ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan Lelaki Ini Sahkan Ada Ketumbuhan Pada Otak Akibat Merokok ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen