Skip to main content

follow us


Lelaki Akui Racun Anjing Jiran Untuk Dibuat Satay Dan Dijual
Seorang lelaki di Bali ditangkap kerana meracun anjing peliharaan jirannya dan merancang untuk dibuat satay serta menjualnya.

Komang, 41 tahun ditangkap selepas pemilik anjing berkenaan meragui suspek yang sedang memberi makanan kepada haiwan tersebut. Pemilik anjing, Sugiarta menyedari selepas kesemua haiwan peliharannya seperti sakit dan lemah setelah diberi makan.

Suspek kemudiannya mengaku dan memberitahu memang berniat untuk membunuh anjing-anjing tersebut dengan mencampurkan kalium kedalam makanan yang diberikan. Setelah kesemua anjing mati, anjing itu akan dibungkus dan dijual.

Negara itu walaubagaimana pun telah mengeluarkan amaran pengharaman perdagangan anjing di kepualaun itu oleh gabenornya pada Julai lalu, namun masih terdapat laporan tentang penjualan daging anjing yang masih berterusan.

Jadi, orang ramai diminta berhati-hati jika berada di sana dan untuk lebih selamat, elakkan makan di gerai-gerai tepi jalan yang tidak diketahui status halal serta kebersihannya.

Dan Jika anda pernah berkunjung ke pusat peranginan terkenal Indonesia, Bali dan pernah menjamah sate ayam yang dijual di tepi-tepi jalan di sana, jangan terkejut jika mengetahui kenyataan bahawa anda sebenarnya telah termakan daging anjing.

Menurut satu laporan yang didedahkan oleh badan bebas, Animals Australia baru-baru ini, peniaga sate ayam di sana kantoi sebenarnya menggunakan daging anjing sebagai bahan asasnya.

Dalam penyiasatan yang dilakukan sebuah badan bebas, mereka mendapati berlaku penjualan daging anjing secara haram di kawasan tersebut.

Anjing-anjing tersebut dikatakan dilayan teruk bila mana diracun, dicekik sehingga mati sebelum daging mereka dilapah untuk dijadikan sate.

Makan daging anjing adalah sah di Indonesia tetapi membunuh binatang dengan cara kejam diletakkan racun adalah salah di sisi undang-undang.

Pengarah kempen Animals Australia, Lyn White memberitahu ABC, “Penjualan daging anjing melanggar akta penderaan binatang serta akta keselamatan makanan.”

Dalam sebuah video yang dirakam secara curi-curi oleh wartawan yang menyamar, seorang peniaga sate di kawasan tumpuan pelancong itu mengakui dia menjual daging anjing.

Tapi bila dia dihampiri sekumpulan pelancong dari Australia, dia menipu dengan menyatakan sate yang dijualnya itu adalah sate ayam.

Kami di Kecoh.Info berharap perkara sebegini tidak menular ke negara kita.
Kerana jika ianya berlaku dikhuatiri ramai peniaga mengambil kesempatan.

Dan kami takut ianya akan mengundang satu budaya yang tidak sihat di negara ini jika ianya tidak dibendung dari awal lagi.

Diharap pihak berwajib sentiasa peka dan berwaspada memantau pekara seperti ini agar tidak menular ke negara kita ini.


Sumber Video: Youtube

Lelaki Akui Racun Anjing Jiran Untuk Dibuat Satay Dan Dijual


Artikel berkaitan Lelaki Akui Racun Anjing Jiran Untuk Dibuat Satay Dan Dijual ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan Lelaki Akui Racun Anjing Jiran Untuk Dibuat Satay Dan Dijual ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen