Skip to main content

follow us


Inilah Had Laju Terkini Di Jalan Persekutuan Dan Jalan Negeri
Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri akan diturunkan, masing-masing daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j dan dari 80 km/j kepada 70 km/j bermula 8 Jun depan.

Penurunan had laju itu dilakukan susulan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Kementerian Kerja Raya menerusi satu kenyataan hari ini, memaklumkan penurunan had laju itu akan dikuatkuasakan bermula 8 Jun ini sehingga 22 Jun hadapan dan akan dipantau menerusi Operasi Bersepadu (Ops Bersepadu) oleh kementerian itu.

“Kita akan mengeluarkan arahan kepada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menukar papan tanda had laju di dua jenis jalan berkenaan.

“Ini bagi mengelak berlaku kekeliruan dikalangan pengguna jalan raya yang bakal menggunakan jalan persekutuan dan jalan negeri pada musim perayaan nanti,” kata kenyataan itu.

Sumber: Harian Metro

Kenapa had laju turun dari 90 ke 80? Ini jawab menteri
Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri akan diturunkan, masing-masing daripada 90 km/jam kepada 80 km/jam, dan daripada 80 km/jam kepada 70 km/jam bermula 8 Jun depan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ini kerana kemalangan kerap berlaku di laluan jalan tersebut, terutamanya di Pantai Timur menjelang musim perayaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang telah dilakukan baru-baru ini dan dilaporkan media tempatan


Dulu SPAD, sekarang APAD
PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan menubuhkan satu agensi baharu di bawahnya iaitu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang berperanan merancang pembangunan sektor pengangkutan awam darat negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata agensi bertaraf jabatan itu akan diketuai seorang Ketua Pengarah yang akan merancang pembangunan sektor pengangkutan awam darat khususnya berkaitan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), rel dan sistem bas.

“Sebelum ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sudah dimansuhkan berperanan dalam segi perancangan dan pembangunan sektor pengangkutan awam darat, jadi peranan itu akan dikekalkan di bawah APAD.

“Apa yang dilakukan SPAD sekarang ini akan diserap dalam APAD. Bezanya ini adalah agensi. Bukan suruhanjaya. Maksudnya kerajaan tidak perlu tubuhkan satu suruhanjaya, tidak ada pengerusi suruhanjaya atau ahlinya.

“Manakala daripada segi penguatkuasaan, pengendalian dan pengeluaran lesen kenderaan swasta atau perdagangan akan dikendalikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepenuhnya.

“Permohonan lesen atau nak bayar lesen semuanya melalui kaunter JPJ. Jadi selepas kita laksanakan penstrukturan semula tidak ada lagi kaunter berasingan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

SUMBER : BHARIAN ONLINE

Apa kata netizen ?
Hasil tinjauan kami di Kecoh.Info ramai yang menyokong dan sebaliknya. Jom sama-sama kita ikut beberapa luahan dan pandangan para netizen ini:




Inilah Had Laju Terkini Di Jalan Persekutuan Dan Jalan Negeri


Artikel berkaitan Inilah Had Laju Terkini Di Jalan Persekutuan Dan Jalan Negeri ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan Inilah Had Laju Terkini Di Jalan Persekutuan Dan Jalan Negeri ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen