Skip to main content

follow us


Update Terkini: Akhirnya Nur Aisyah ditemui selamat

Bayi berusia 17 bulan, Nur Aisyah Hasmizan yang dilaporkan hilang di rumahnya awal pagi tadi berjaya ditemui kira-kira 5 petang ini.

Mangsa ditemui oleh anggota polis yang melakukan pencarian menggunakan unit anjing pengesan di dalam semak di lokasi yang tidak dinyatakan.

Polis turut berjaya menahan seorang lelaki warga asing iaitu suspek yang bertanggungjawab melarikan mangsa.

Dalam kejadian pukul 4 pagi tadi, Nur Aisyah Hasmizan dilarikan oleh penyamun yang menceroboh rumahnya ketika ibu bapanya sedang tidur.

Mangsa disedari hilang oleh ibunya yang ketika itu bangun untuk menyiapkan makanan untuk anak sulung bersahur.


Terdahulu

Ibu Nur Aisyah Rayu Pulangkan Bayinya

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan bayi berusia 17 bulan dari kediamannya awal pagi tadi.

Lapor Harian Metro, beberapa anggota polis juga telah datang melakukan siasatan di kediaman keluarga itu, malah turut menggunakan unit anjing pengesan K-9 bagi mengesan Nur Aisyah Hasmizan yang dilaporkan hilang kira-kira jam 4 pagi tadi.

Berkata kepada media berkenaan, Siti Noorfadilah Yusofe, 30, menceritakan, sebelum kejadian itu berlaku, dia bersama dengan anaknya itu berada di dalam bilik menonton televisyen sebelum masuk tidur.

"Sebelum kejadian, saya ada bersama dengan Nur Aisyah di dalam bilik kerana menonton televisyen dan apa yang saya ingat, saya menutup televisyen kira-kira jam 3 pagi sebelum saya tidur bersama Nur Aisyah. Ketika itu, tiga lagi anak, suami dan ibu saya juga sudah tidur.

"Kemudian, kira-kira jam 5 pagi, ibu saya bangun bersahur dan menyedari pintu bahagian belakang terbuka tetapi tidak mengesyaki apa-apa. Ketika itu, saya belum menyedari Nur Aisyah tiada di tempat tidurnya kerana menyiapkan makanan untuk anak sulung bersahur.

"Hanya ketika masuk semula ke dalam bilik, baru saya sedar Nur Aisyah tiada di tempatnya. Kami cuba mencarinya di sekitar rumah kerana dia sudah boleh berjalan tetapi gagal menemuinya.

"Tolonglah pulangkan anak saya, saya sayang anak saya. Saya tak tahu ada orang berdendam kepada saya. Nur Aisyah anak yang baik, saya risau anak saya sudah makan atau tidak," katanya.

Sumber: Harian Metro

Mangsa Suara Ghaib
Sementara itu satu pula berita berlainan yang berlaku di Medan Indonesia, seramai tiga lelaki yang juga pengikut ajaran sesat bertindak kejam apabila membunuh tiga ahli keluarga mereka termasuk seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang dicampak di dalam sungai.

Tribunnews melaporkan, pembunuhan itu terbongkar dengan penemuan mayat seorang wanita berusia 26 tahun dan seorang budak lelaki berusia 16 tahun di Desa Muara Bangko, Madina di Sumatera Utara pada 31 Mei lalu.

Beberapa hari kemudian mayat seorang bayi perempuan berusia enam bulan ditemui terapung di sebatang sungai di kampung itu.

Tidak lama selepas itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan polis mendakwa mangsa dibunuh tiga lelaki yang mempunyai pertalian darah dengan mereka.

Susulan laporan berkenaan, polis menangkap tiga lelaki berkenaan yang juga bersaudara kerana disyaki membunuh semua mangsa.

Ketika disoal-siasat, suspek yang dikenali sebagai Mukmin, Buyung, mengaku membawa tujuh lagi anggota keluarga mereka ke sebuah gunung untuk bertapa dengan alasan satu bencana akan berlaku di kampung mereka.

Ketika berada di gunung itu, seorang suspek mendakwa mendengar suara ghaib yang mengarahkannya membunuh tiga ahli keluarga mereka itu.

Mereka kemudiannya membunuh dua ahli keluarga mereka sebelum membuang mayat mangsa di satu kawasan ladang kelapa sawit.

Suspek turut bertindak kejam apabila mencampak seorang lagi bayi berusia enam bulan ke dalam sungai.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, semua suspek ditangkap selepas ahli keluarganya yang tidak tahan dengan tindakan mereka itu bertindak melarikan diri sebelum membuat laporan polis.

Menurut polis, ketiga-tiga suspek mengaku melakukan pembunuhan itu dan mereka bakal didakwa atas tuduhan membunuh.

Ibu Nur Aisyah Rayu Pulangkan Bayinya


Artikel berkaitan Ibu Nur Aisyah Rayu Pulangkan Bayinya ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan Ibu Nur Aisyah Rayu Pulangkan Bayinya ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen