Skip to main content

follow us


Anak Mahathir Kantoi Miliki Kekayaan Hasil Dari Bapanya?
LANGKAWI: Anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani Mahathir menafikan dirinya memiliki kekayaan sebanyak RM170 bilion sebagaimana yang diminta pengesahan oleh Presiden Empirical Malaysia, Anina Saadudin.

Tegas ahli perniagaan yang tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya dunia itu, pertikaian tersebut adalah semata-mata dakwaan yang “karut” untuk dipercayai.

“Semua ni karut… Sekarang ni musim orang gila sikit pasal politik. Mereka buat tuduhan macam-macam.. tembak (teka) sahaja,” katanya menafikan persoalan yang sering dibangkitkan terhadap kekayaan beliau.

Mokhzani berkata, beliau sebelum ini pernah dituduh sedemikian oleh pemimpin PAS, namun mereka gagal membuktikan tuduhan tersebut secara jelas selepas dicabar berbuat demikian.

Selain itu, beliau turut menyalahkan wartawan yang dikatakan tersilap petik kenyataannya berkenaan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga menyebabkan dirinya dituduh menghina penerima bantuan tersebut.

Mokhzani juga menegaskan bahawa dakwaan yang mengatakan beliau memiliki syarikat minyak Petron adalah tidak benar sama sekali.

Jelas beliau, abangnya Mirzan Mahathir sebenarnya yang terlibat dengan syarikat berkenaan, namun

“Itu tak betul.. tak betul. (Yang terlibat adalah) Abang saya, Mirzan.

“Tapi Mirzan ni dia tak terlibat dengan Petron di Malaysia,” katanya sambil menuduh ahli UMNO sering menuduhnya memiliki syarikat minyak berkenaan.

Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendedahkan kekayaan anak-anak Mahathir yang membolot banyak kontrak GLC bernilai berbilion-bilion ringgit termasuk daripada Petronas menerusi syarikat Kencana Petroleum, milik Mokhzani.

Kata Anwar, Mirzan pula telah membeli sebuah syarikat arak, San Miguel, dengan harga RM2.9 bilion tunai sebelum membeli Esso Malaysia dengan harga RM1.7 bilion yang kemudian ditukar kepada Petron.



“Saya mau tanya ini negeri bapak you punya atau rakyat punya?!” jerit Anwar dalam satu ceramahnya yang tular di laman Youtube sebelum ini.

SUMBER : Kedah News

Anak Mahathir Kantoi Miliki Kekayaan Hasil Dari Bapanya?


Anak Mahathir Kantoi Miliki Kekayaan Hasil Dari Bapanya?


Mokhzani nafi kekayaan dibantu bapa

Pengkritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering menumpukan perhatian terhadap kekayaan anak-anaknya, dengan mendakwa ia diperoleh kerana pengaruh dan kedudukan bapa mereka.

Bagaimanapun, Datuk Seri Mokhzani Mahathir tidak terganggu dengan tuduhan tersebut


Sumber: KiniTV
Apa Rahsia Bisnes Mokhzani Sampai Jadi Orang Ke-9 Terkaya Malaysia?
Disclaimer: Berita ini disiarkan pada 14hb Feb 2018 oleh malaysiandigest.com



Ranking anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani Mahathir mungkin sudah terkeluar daripada senarai 40 rakyat Malaysia paling kaya pada tahun ini selepas beliau menjual sahamnya dalam Sapura Energy dan keluar dari perniagaan Gas dan Minyak.

Tetapi, pada 2014 beliau tersenarai didalam 10 individu terkaya Malaysia oleh majalah Malaysian Business dengan jangkaan nilai harta sekitar RM4.22 bilion, menjadikan beliau orang Melayu kedua terkaya selepas ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – dan peningkatan kekayaannya yang meningkat hari demi hari masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Malah, pembangkang sebelum ini mencipta hoo-ha kononnya anak Dr Mahathir ini menjadi bilionaire dalam tempoh semalaman dan Pakatan Rakyat (kini dikenali Pakatan Harapan) pernah berjaji untuk menghentikan kronisme keluarga Dr Mahathir sekiranya mereka menang PRU13 dahulu.

Dr Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan Harapan dan calon Perdana Menteri pakatan berkenaan pernah menegaskan bahawa kekayaan anaknya bukan diatas bantuannya selaku Perdana Menteri selama ini dan “apa yang Mokhzani perolehi diatas kerja kerasnya.”
Secara kronologinya, penganalisis politik Lim Sian See merungkaikan bagaimana Mokhzani yang melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pantai Holdings Bhd dan Tongkah Holdings Bhd mendakwa menerima “banyak dakwaan liar mengaitkan saya dengan projek kerajaan atau projek mega.”

Beliau juga memberitahu Bernama bahawa tuduhan yang dilemparkan keatasnya dibuat oleh individu yang mahu memburukkan imej beliau dan bapanya, sementara menafikan menjual seluruh pegangan secara langsung dan tidak langsungnya didalam syarikat-syarikat disenarai Bursa Malaysia, kerana beliau merajuk.

Jelas LSS, walaupun mendakwa hanya “akan melakukan perniagaan kecil-kecilan” selepas beliau keluar dari dunia korporat, Mokhzani kemudiannya menubuhkan Kencana Capital dengan modal besar sehingga RM30 juta, pada tahun sama.

“Kencana kemudiannya menyertai perniagaan Minyak dan Gas dengan ditubuhan daripada pengambilalihan limbungan fabrikasi kecil seluas 1 ekar dan dijenamakan kepada Kencana Petroleum dan dalam tempoh beberapa bulan, dianugerahkan lesen Frabikasi Besar (Penstrukturan Luar Persisir) oleh Petronas,” kata LSS.

Tambahnya, dua tahun kemudian pada November 2003, bapanya bersara dari jawatan Perdana Menteri dan menjadi Penasihat Petronas.



Pada 2011, Kencana Petroleum dinilai RM6 bilion bergabung dengan Sapura Petroleum membentuk SapuraKencana dimana Mokhzani dengan selesanya menjadi CEO Kumpulan, sebelum ditabalkan sebagai individu ke-9 terkaya di Malaysia pada 2014.

Pada 2016, beberapa bulan selepas Mahathir disingkirkan dari jawatan Penasihat Petrons berikutan keputusan sebulat suara Kabinet menamatkan lantikannya kerana tidak lagi menyokong kerajaan dengan menandatangani Deklarasi Rakyat, Mokhzani berlalu meninggalkan rakan niaganya daripada Kencana Capital, Datuk Yeow Kheng Chew.

Kata Lim, Mokhzani “mendapat berbilion ringgit dengan menjual pegangannya di SapuraKencana” sebelum meletakkan jawatan dan walaupun harga minyak sedang memuncak.

The Star melaporkan, sumbernya mendakwa “beliau tidak meramalkan sektor O&G akan merudum dalam masa terdekat, dan akan terus menyuntik modal ke dalam industri baru.”

LSS kemudiannya menggesa orang ramai untuk melihat kaitan-kaitan terhadap punca kekayaan luar biasa Mokhzani ini “Atau anak-anak (Mahathir) sememangnya berbakat semulajadi dalam perniagaan sepertimana Mahathir dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia katakan?”

Jelasnya, mungkin Perdana Menteri Malaysia paling lama berkhidmat ini boleh mejustifikasikan bahawa beliau sebenarnya bukanlah seorang kleptokrat dan sumber kekayaan keluarganya adalah kekayaan yang halal, daripada menafikan telah menyalahgunakan kuasa untuk menjadi antara 10 rakyat Malaysia terkaya, sebelum ini.

Ataupun, apa yang dikatakan penulis novel Perancis, Honore de Balzac katakan “Disebalik kekayaan luar biasa terdapatnya jenayah yang besar” adalah benar sama sekali.

SUMBER : MALAYSIAN DIGEST

Mokhzani didakwa miliki 18 kereta bernilai lebih RM36 juta
Dr Mahathir dan Mokhzani dicabar menyaman sekiranya pendedahan itu tidak benar.

KUALA LUMPUR: Anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani didakwa memiliki kekayaan luar biasa dalam tempoh singkat sehingga mampu memiliki koleksi kereta bernilai RM36.2 juta.

Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, Mokhzani, anak kedua Dr Mahathir, memiliki 18 koleksi kereta pelbagai jenama.

Sehubungan itu, katanya, Dr Mahathir juga perlu tampil menjelaskan sumber yang diperolehi anaknya itu yang dilihat di luar kemampuan sebenar.

“Dr Mahathir perlu tampil memperjelas tentang dana modal anaknya. Malah, Mokhzani juga perlu tampil menjelaskan segera,” katanya dalam sidang media pada Selasa.

Katanya, pendedahan yang dibuat hari ini hanyalah melibatkan harga kereta yang dimiliki Mohkzani tidak termasuk termasuk rumah dan aset lain.

“Saya belum dedahkan lagi kekayaan anak-anak Dr Mahathir yang lain termasuk Mukhriz,” katanya.

Katanya, Dr Mahathir lantang mengkritik kelemahan orang lain sedangkan anak sendiri tidak diperlaku sedemikian.

“Sebelum ini beliau pernah berkata, saya (Dr Mahathir) tidak ada duit tapi apakah kekayaan anaknya ini menunjukkan keluarganya tidak berduit?.

“Dr Mahathir sentiasa menuduh dan bercakap keburukan orang lain tetapi beliau sendiri mempunyai masalah tersendiri. Lupa nak tegur keluarga sendiri,” katanya.

Pada masa sama , Azwanddin mencabar Mokhzani dan Dr Mahathir untuk menyaman beliau sekiranya pendedahan yang dibuat tidak benar.

“Jika pendedahan ini tidak benar saya silakan untuk saman saya secara terbuka dan saya yakin beliau tidak berani saman saya sebab saya ada bukti jelas,” katanya.

Katanya, JMM meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pihak polis untuk menyiasat hasil kekayaan luar biasa dalam tempoh yang singkat anak bekas Perdana Menteri itu.
Sumber: FMT


Anak Mahathir Kantoi Miliki Kekayaan Hasil Dari Bapanya?


Artikel berkaitan Anak Mahathir Kantoi Miliki Kekayaan Hasil Dari Bapanya? ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan Anak Mahathir Kantoi Miliki Kekayaan Hasil Dari Bapanya? ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen