Skip to main content

follow us


Ahli PEKIDA Ditahan Ugut Bunuh Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang ahli Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) di Jalan Beverly Height, Ampang pada jam 4.40 pagi Sabtu lalu bagi membantu siasatan kes melakukan ugutan di media sosial membabitkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan susulan satu laporan yang dibuat Setiausaha PEKIDA Selangor pada 31 Mei lalu.

"Laporan itu dibuat susulan penularan sebuah artikel di media sosial berhubung kenyataan seorang lelaki yang mahu berperang dan menembak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Suspek bagaimanapun mendakwa akaun Facebook miliknya diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Fuzi berkata, suspek kini ditahan reman sehingga Rabu ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (menakutkan secara jenayah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain).

Ugut bunuh Dr Mahathir, laporan polis dibuat
Terdahulu tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat membuat laporan polis menggesa tindakan diambil terhadap individu yang dipercayai membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laman sosial Facebook (FB).

Laporan polis tersebut dibuat oleh wakil NGO diketuai Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, tengah hari tadi.

Abdul Rani berkata perbuatan pemilik akaun FB yang menggunakan nama 'Ayahanda Fadzley Mohd Yusof' itu jelas menggambarkan perbuatan tidak bertanggungjawab yang mengaitkan persatuan NGO dalam ugutan itu.

NGO lain ialah Kesatuan Melayu National, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm), Akhlak Rahsia Cekal (ARC), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Refomis dan Kipidap.

“Semalam, dalam satu kenyataan di FB, netizen tersebut mengugut mahu menembak Tun (Dr Mahathir), selain menyatakan hampir 2,000 ahli persatuan NGO seperti Persatuan Ayahanda akan berhimpun di Dataran Merdeka di sini sebagai satu protes menentang kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya mewakili NGO lain ingin menegaskan bahawa kami tidak terbabit seperti dakwaan individu itu. Kami menyokong sepenuhnya kerajaan semasa kerana negara kita merupakan negara berdemokrasi dan setiap keputusan adalah pilihan rakyat sendiri, jadi hormati keputusan itu,” katanya.

Abdul Rani berkata pihaknya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit, bagi membendung gejala yang boleh menjejaskan keharmonian negara ini.


Sumber Video: Youtube

Ahli PEKIDA Ditahan Ugut Bunuh Tun Dr Mahathir Mohamad


Artikel berkaitan Ahli PEKIDA Ditahan Ugut Bunuh Tun Dr Mahathir Mohamad ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini! Dan jangan lupa ikuti kami di laman facebook agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa
Artikel berkaitan Ahli PEKIDA Ditahan Ugut Bunuh Tun Dr Mahathir Mohamad ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen