Skip to main content

follow us


Satu Lagi Rumah Najib Diserbu Dan Digeledah Di Putrajaya
PUTRAJAYA: Pegawai polis berpakaian biasa menyerbu sebuah rumah di Precint 10, dipercayai ada kaitan dengan kes 1MDB.

Pegawai-pegawai dari Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman berada di rumah itu sejak pukul 1 petang.

Beberapa kotak telah dikeluarkan dari rumah tersebut dan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah van putih.

Bagaimanapun isi kandungan kotak tersebut belum dapat dipastikan.

Rumah banglo itu berada di Jalan P10C dan hanya terletak 200 meter dari Seri Perdana.

Ia dipercayai milik Bahagian Pengurusan Harta Jabatan Perdana Menteri.

Sebuah portal berita menyifatkan ia sebagai ‘rumah selamat’ bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pasukan itu dilihat beredar dari rumah tersebut kira-kira pukul 3 petang.

Namun lima pegawai polis dilihat masih berada di sana dipercayai mengawasi rumah terbabit.


Lagi Beg Tangan Mewah Dirampas Dari Banglo Putrajaya Berkaitan Najib

Lebih 20 anggota dari Unit Siasatan Jenayah Pencegahan Pengubahan Wang Haram menggeledah banglo itu selama 2 jam.

Barang rampasan diangkut dengan sebuah van putih ke Bukit Aman. (Gambar Bernama)

Lagi rampasan beg tangan berjenama dalam serbuan polis Bukit Aman ke atas sebuah banglo di Putrajaya hari ini yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak, lapor China Press.

Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan lebih 20 anggota dari Unit Siasatan Jenayah Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Unit AMLA) melakukan penggeledahan selama 2 jam, mulai 1 tengah hari tadi, ke atas banglo di Presint 10 yang didakwa ada kaitan dengan bekas perdana menteri itu.

Difahamkan, polis menemui beg tangan berjenama dan 2 kotak besar yang kemudiannya diangkut dengan sebuah van putih, tetapi tiada emas ditemui.

Banglo 2 tingkat itu difahamkan ialah aset Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang jaraknya hanya 200m dari JPM dan dikatakan ialah “rumah selamat” Najib.

Seorang penduduk berdekatan memberitahu China Press, banglo itu ialah asrama Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh yang juga ketua setiausaha sulit Najib, tetapi sudah setahun beliau tidak kelihatan dan kediaman itu dipercayai dijadikan gudang.


Pegawai melabelkan 1 daripada 2 kotak besar yang dirampas daripada banglo di Presint 10. (Gambar Bernama)

Katanya, sejak polis menyiasat semula kes 1MDB, jiran tidak nampak ada orang yang memindahkan harta benda ke dalam atau keluar dari banglo itu.

Polis menggeledah 6 premis sejak malam 16 Mei lalu, iaitu JPM, kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya dan kediaman peribadi Najib di Taman Duta serta 3 unit kondominium mewah, di mana 2 daripadanya milik anaknya.

Sebanyak 284 kotak mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah dan 72 beg dirampas dalam operasi bulan lalu yang merupakan sebahagian daripada siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dalam skandal 1MDB.

Pelbagai jenis mata wang berjumlah RM114 juta ditemui dalam 35 daripada 72 beg yang dirampas dari kondominium mewah, Pavilion Residences di ibu negara, manakala 27 beg lagi mengandungi barang kemas serta barang berharga lain.

Apa Ulasan Kecoh.Info Tentang Artikel Satu Lagi Rumah Najib Diserbu Dan Digeledah Di Putrajaya Ini?

Umum ketahui Najib terpalit dengan skandal terbesar dunia yang melibatkan 1MDB. Terbaharu satu lagi rumah najib diserbu dan digeledah di Putrajaya menjadi berita hangat bukan sahaja dilaporkan oleh media arus perdana tetapi juga media altenatif yang lainnya.

Tetapi ianya juga mendapat perhatian netizen. Seperti biasa kami di Kecoh.Info tidak terlepas untuk mengikuti laporan tersebut.

Dan hasil tinjauan kami pada artikel dan juga video yang telah disebarkan, nampaknya pihak berkuasa dan pihak berwajib hanya menjalankan siasatan susulan.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan kesudahan cerita 1MDB ini dan kami percaya ramai juga tidak sabar merungkai kes penuh misteri yang sekian lama rakyat tunggu untuk mengetahui sepenuhnya.
Artikel berkaitan Satu Lagi Rumah Najib Diserbu Dan Digeledah Di Putrajaya ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen