Skip to main content

follow us


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi pusara ayanhandanya, Tun Abdul Razak Hussein yang juga adalah perdana menteri kedua, pagi ini.

Pusara itu terletak di Makam Pahlawan, di Masjid Negara di Kuala Lumpur. Dan beliau telah kongsikan sekeping gambar di media sosial dengan hantaran melalui twitter.
“Bagi mereka yang dah kehilangan ahli keluarga tercinta, tentu kerinduan itu lebih dirasai menjelang Aidilfitri.
“Sama-sama kita terus doakan kesejahteraan ke atas roh mereka, moga sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT,” ciapnya di Twitter.
Gambar yang dokongsikan di media sosial tersebut juga menampilkan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak yang membaca surah yassin di pusara itu.

Abdul Razak, meninggal dunia pada 14 Januari 1976 akibat leukemia. Allahyarham berkhidmat sebagai perdana menteri dari tahun 1970 sehingga kematiannya.

Pada tahun 1973, Razak membentuk BN untuk menggantikan Perikatan. Beliau juga memperkeenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu golongan bumiputera.

Ironinya, 45 tahun kemudian, BN buat pertama kalinya dalam sejarah tumbang pada pilihan raya umum 9 Mei lalu yang diterajui oleh perdana menteri keenam, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib Ziarah Pusara Ayahandanya Dan Kongsikan Gambar Di Media Sosial

Apa Ulasan Kecoh.Info Tentang Artikel Najib Ziarah Pusara Ayahandanya Dan Kongsikan Gambar Di Media Sosial Ini?

Artikel berkaitan Najib Ziarah Pusara Ayahandanya Dan Kongsikan Gambar Di Media Sosial ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen