Skip to main content

follow us


Najib Jadi Menteri Besar Pahang? Ini Respon Syed Saddiq
KUALA LUMPUR: "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merosakkan UMNO jika beliau berhasrat mahu menjadi Menteri Besar Pahang semula," kata Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam temu bual dengan New Straits Times Press, Syed Saddiq menegaskan tidak masuk akal jika Najib yang terpalit dengan beberapa siasatan jenayah berhasrat berbuat demikian.

Ini satu langkah ‘mengerikan’ jika ada cadangan Najib yang kini sedang dalam siasatn dipilih menjadi Menteri Besar Pahang.
"Jika saya mahu menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab yang mahu membunuh pembangkang, saya akan mengatakan 'Alhamdulillah, saya menyokong langkah itu 100 peratus' kerana kemunculan Najib akan membunuh UMNO, "katanya.

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas pendapat seorang individu yang mencadangkan jawatan tersebut dalam satu catatan di sebuah blog baru-baru ini yang mana, dia menyuarakan hasrat untuk melihat Najib sebagai Menteri Besar Pahang.

Penulis berkenaan juga meminta, Datin Seri Rosmah Mansor supaya ‘berehat’ daripada terus mengekori perjalanan politik suaminya agar tidak lagi menjadi buah mulut dan tomahan masyarakat.

Walaupun mereka mempunyai perbezaan pandangan politik, Syed Saddiq berkata, beliau lebih suka melihat UMNO menjadi pembangkang yang kuat sekurang-kurangnya dapat mengimbangi kerajaan yang ada sekarang ini.

"Dengan cara ini kita dapat memastikan masa depan rakyat Malaysia terpelihara kerana kita mempunyai demokrasi dalam pelbagai parti.
"Jika kita mahu melihat UMNO kembali kuat dan bertindak sebagai pembangkang yang teguh, maka Najib tidak boleh menjadi ketua pasukan," katanya. Najib pernah menjadi Menteri Besar Pahang ke-12 dari Mei 1982 sehingga Ogos 1986. - Sumber: Sinar Harian

Apa Ulasan Kecoh.Info Tentang Artikel Najib Jadi Menteri Besar Pahang? Ini Respon Syed Saddiq Ini?

Di zaman yang serba moden ini kami percaya dengan keterbukaan minda rakyat Malaysia sekarang.

Dimana rakyat kini lebih cerdik berbanding 60 tahun dahulu kerana dengan segala kecanggihan teknologi terutama sekarang media lebih bebas untuk melaporkan apa sahaja maklumat untuk umum.

Jadi tidak ada isu untuk kita tidak mengetahui dan tidak ada alasan untuk kita tidak mengambil tahu tentang isu-isu seperti yang disuarakan oleh rakyat terbanyak.

Apa pun kalau najib jadi menteri besar Pahang sekali pun, harus ada pemantauan yang adil perlu dijalankan. Ya rakyatlah yang harus bijak memantau dan meneliti tentang tindak-tanduk para pemimpin negeri mahupun negara sekarang ini agar tidak tercicir dari landasan yang sebetulnya.

Artikel berkaitan Najib Jadi Menteri Besar Pahang? Ini Respon Syed Saddiq ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen