Skip to main content

follow us


Lelaki Bakar Teman Wanitanya Hidup-Hidup Kerana Kuat Cemburu
KLANG: Akibat tidak tahan dengan sikap cemburu teman wanita, seorang mekanik kereta sanggup memukul dan membakar pasangannya itu hidup-hidup dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Andalas semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa berusia 24 tahun melecur hampir 60% di beberapa bahagian badan dalam kejadian kira-kira 10.00 pagi itu.

“Kejadian itu bermula apabila pasangan kekasih tersebut bertengkar di bilik tidur rumah suspek kerana mangsa mengesyaki teman lelakinya berusia 24 tahun itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.

“Pertengkaran tersebut berlarutan sehingga mangsa dipukul di bahagian badannya menggunakan getah paip sebelum suspek bertindak menyimbah petrol dan menyalakan api menyebabkan mangsa terbakar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shamsul berkata kejadian itu turut disedari bapa lelaki terbabit yang pada waktu itu sedang tidur bersebelahan bilik suspek apabila beliau terhidu bau asap sebelum menemui mangsa.

Beliau berkata selain mangsa, suspek turut mengalami kecederaan apabila tangannya disambar api ketika membakar teman wanitanya.

“Pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang oleh bapa suspek untuk menerima rawatan.

“Susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis dan suspek ditahan di hospital pada hari yang sama (semalam)” katanya.

Suspek kini direman 7 hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Ulasan kami pula tentang Lelaki Bakar Teman Wanitanya Hidup-Hidup Kerana Kuat Cemburu

Dasyat betul sekarang ini. Boleh pula lelaki tersebut bakar teman wanitanya kerana cemburu.

Memang tak munasabah langsung. Tapi itulah hakikatnya jikalau tiada perbincangan yang jelas antara pasangan tersebut.

Apapun kami di Kecoh.Info menasitkan agar anda semua yang bercinta atau pun sudah berumah tangga, cemburu tu boleh tapi berpada-padalah. Jangan cemburu buta pula.

Dan satu lagi kami ingatkan kalau terjadinya perkara cemburu yang keterlaluan seperti kes tersebut, cepat-cepat bawa berbincang dan tanganilah dengan berhemah.

Jangan ikutkan hati, bak kata pepatah melayu, ikut hati badan binasa.
Artikel berkaitan Lelaki Bakar Teman Wanitanya Hidup-Hidup Kerana Kuat Cemburu ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen