Skip to main content

follow us


Datuk Seri Anwar Ibrahim Dicadangkan Jadi Presiden Umno
Datuk Seri Jamal Md Yunos yang terkenal dengan gimik mencetuskan kontroversi mencadangkan nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Presiden Umno pada pemilihan parti itu akan datang.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu, bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengapa Anwar layak untuk menduduki jawatan tertinggi dalam Umno.

Dalam video berdurasi selama satu minit 44 saat itu, Jamal turut menamakan pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan Presiden UMNO.
"Naib Presiden UMNO pula ialah, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan seorang calon lain.
"Begitu juga dengan Ketua Wanita dan Puteri," katanya menerusi satu video yang dihantar seorang ahlinya melalui aplikasi WhatsApp kumpulan media, sebentar tadi.

Jamal dalam video sama turut membayangkan untuk merebut kerusi utama sayap pemuda dalam mendepani cabaran parti itu pada masa sekarang.
"Insya-ALLAH, jika saya terpilih dalam perwakilan pemuda saya akan bertindak membangunkan kembali pemuda supaya sayap UMNO ini kembali bermaruah dan terus dihormati demi untuk kejayaan pada masa akan datang," katanya.

Jamal kali ini tampil dengan berbaju korporat UMNO menerusi satu video dengan berlatar belakang gegantung pemilihan UMNO 2018 yang tertera perkataan 'Saya Jamal Md Yunos Menawarkan Diri Bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia'.

Petang tadi, Jamal turut tampil dalam satu video berdurasi dua minit 52 saat dengan memaparkan Jamal berlatar belakangkan dinding, sambil memberi amanat di meja dan duduk di kerusi.

Jamal ketika itu mengenakan baju T warna biru serta berkopiah putih di kepala.

Pada 25 Mei lalu, Jamal dilaporkan menghilangkan diri selepas didakwa dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri dan kehilangannya dikatakan disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira jam 5.30 petang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini mengesahkan waran tangkap terhadap Jamal telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang, 1 Jun lalu.

Waran itu dikeluarkan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah.

Sumber Video: Youtube

Apa Ulasan Kecoh.Info Tentang Artikel Datuk Seri Anwar Ibrahim Dicadangkan Jadi Presiden Umno Ini?

Untuk makluman anda Presiden UMNO merujuk kepada jawatan tertinggi dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia dan pernah dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1980-an. Presiden pertama dan pengasas UMNO ialah Allahyarham Dato’ Onn Jaafar.

Majlis Tertinggi UMNO merupakan badan yang menjalankan pentadbiran hal ehwal UMNO. Sebarang keputusan dalam Perhimpunan Agung UMNO maka Majlis Tertinggi UMNO hendaklah melaksanakannya. Tugas dan tanggungjawab Majlis Tertinggi UMNO tertakluk kepada Fasa 9 dan Fasa 10 Perlembagaan UMNO. Tempat mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah dipindahkan ke Menara Dato Onn, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia.

Naib Presiden UMNO adalah jawatan ketiga tertinggi dalam UMNO. Jawatan tersebut akan disandang oleh tiga orang pada satu-satu masa. Ketua Wanita UMNO, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan Ketua Puteri UMNO juga adalah Naib Presiden UMNO dalam Majlis Tertinggi UMNO.

Majlis tertinggi UMNO mestilah mematuhi arahan Pendaftar Pertubuhan, Akta Pertubuhan 1966. UMNO pernah diharamkan pada 1988 apabila beberapa bahagian/cawangan tidak berdaftar dibenarkan mengundi dalam Perhimpunan Agung UMNO 1987.
Artikel berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim Dicadangkan Jadi Presiden Umno ini telah disiarkan di laman web www.kecoh.info.

Silakan Share Agar Yang Lain Tahu Tentang Perkongsian Ini!

Dan jangan lupa mohon ikuti kami di laman FACEBOOK agar anda tidak terlepas isu-isu terkini dan info-info menarik setiap masa.
INGIN KONGSI ARTIKEL? : Sekiranya Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di halaman ini DI SINI. Atau boleh hubungi kami terus di facebook DI SINI.

You Might Also Like:

Comment Policy: Silakan beri pendapat dan pandangan anda hanya berkaitan dengan topik artikel ini sahaja. Komen yang disertakan dengan pautan laman lain akan dipadam.
Lihat Ruang Komen